Saspens betul tengok Bangkok Breaking kat Netflix.


Tatkala ramai yang serbu tengok Squid Game, aku ni pelik sikit. Aku tak suka cerita yang terlalu viral. Biar cool down sikit, baru aku tengok nanti. Bukan apa, nanti risau tak capai expectation aku. Selalu macam tu. Di kata best, last-last biasa-biasa je. In the end, Running Man jugak yang best. 😅

Tajuk: Bangkok Breaking
Jumlah episod: 6
Genre: Action, crime, drama, thriller
Bahasa asal: Thai
Tarikh tayangan: 23 September 2021
Siaran TV: Netflix
Pelakon: Weir Sukollawat Kanaros, Sushar Manaying, Pavarit Mongkolpisit, Sahajak Boonthanakit, Suthipongse Thatphithakkul, Daweerit Chullasapya, Waratthaya Wongchayaporn

Bangkok Breaking. Baru habis tayang minggu lepas. Lama sudah tak layan drama Thai. Last tengok drama Bad Genius tahun lepas. Thai kalau buat drama atau filem yang berkualiti, memang betul-betul berkualiti. Dari segi sudut kamera, sinematografi dan pelakon memang tip top. Terjebak layan cerita Thai sebab terikut-ikut kakak aku tengok drama Thai masa zaman sekolah dulu-dulu. TV2 dan TV3 antara channel yang suka tayang drama Thai. Drama The Princess, Soda & Ice Tea dan Wai Rai High School. Sanggup tak join kelas tambahan sebab nak tengok cerita-cerita ni. Jahat tak?


Berbalik kepada Bangkok Breaking. Drama Thai ni ada 6 episod je. Durasi setiap episod lebih kurang sejam. Drama ni berkonsepkan thriller dan saspens. Episod satu pun dah buatkan aku tertanya-tanya 'wat da hell hapen??' berkali-kali.

Sinopsis


Kisahnya pasal seorang pemuda kampung, Wanchai, yang baru pertama kali jejak kota Bangkok. Dia ke sana untuk jumpa abang dia yang dipisahkan sejak kecil (mungkin dijadikan anak angkat sebab masalah kewangan). Malangnya, tragedi ngeri berlaku depan mata dia sebelum sempat diorang jumpa.

Ada kereta sport yang accident sebab bawak laju dan disebabkan kereta ni, banyak nyawa melayang termasuk lah abang Wanchai tu sendiri. Tapi masa Wanchai tengah mamai dek kemalangan ngeri tu, dia perasan ada sesuatu yang tak kena dengan orang sekeliling dia. Antaranya:
  • Ada sebuah motor yang datang senyap-senyap ambil driver kereta sport.
  • Abang dia tiba-tiba mati walaupun beberapa saat tadi elok je bercakap.
  • Ada yang tak kena dengan paramedik yang datang ke tempat kemalangan tu.

Wanchai sama sekali tak sangka kehadiran dia di Bangkok ibarat sebuah mimpi ngeri. Sebelum mati, abang dia ada mesej yang dia nak jumpa Wanchai malam tu sebab ada benda penting yang nak diberitahu? Apa benda penting tu?

Ulasanspoiler alert


Actually banyak plot dan scene menarik yang Bangkok Breaking ni buat. Plot twist sudah tentunya ada. Netflix kan? Tak sah kalau takde plot twist.

1. Sukarelawan paramedik yang korup.



Antara kisah menarik adalah pasal sukarelawan paramedik. First time aku tahu ada sukarelawan paramedik. Aku ingatkan selama ni ada paramedik yang bergaji tetap bawah gomen atau swasta je. Rupanya yang sukarelawan pun ada. Dalam drama ni, diceritakan ada dua team sukarelawan paramedik kat Bangkok. Satu team yang memang buat kerja dengan ikhlas tapi satu team lagi korup. Ada yang curi barang kepunyaan mangsa kemalangan. Jahat kan?

2. Dari zero ke hero.



Tak sangka kehadiran Wanchai mampu bukak mata semua bahawa not all heroes wear capes. Keberanian dan keikhlasan Wanchai selamatkan mangsa kebakaran buatkan dia dikenali dan dikagumi ramai.

3. Institusi politik yang kotor.



Kemasyuran Wanchai dipergunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan tak bertanggungjawab. Dalam cerita ni, ada sorang lelaki ternama yang salah gunakan kuasa dan duit untuk buat kerja-kerja tak elok. Di mata semua, dia bagus sebab mampu ubah keadaan Bangkok jadi lebih baik. Tapi rupanya ada benda kotor yang terselindung di sebalik topeng.

4. Wanchai x Kat ship.



Kalau dalam drama Korea Descendants of the Sun, ada percintaan antara tentera dan doktor tentera. Tapi dalam Bangkok Breaking, ada percintaan antara sukarelawan paramedik dan wartawan. Bersemut tak? Kalau yang memang minat plot cenggini, memang akan feeling habis lah.

5. Sinematografi yang awesome.



Tak dapat disangkal. Dari awal episod pun dah tunjuk pemandangan Bangkok di waktu malam yang cukup cantik. Dengan bangunan dan lampu yang bergemerlapan menyinari seluruh kota. Dan boleh tengok jugak pemandangan dari kawasan setinggan kat sana. Ye lah. Mana-mana bandar besar sekalipun, selalunya akan ada jugak kawasan yang macam ni.

Overall, aku memang suka dengan jalan cerita Bangkok Breaking. Setiap episod akan ada tahap saspens tersendiri. Jalan cerita mungkin masih terikat dengan style Thai tapi cara penyampaian tu tak sama. Cerita ni nak kata straightforward tak. Nak kata banyak plot twist pun tak jugak. Kata orang, secukup rasa. Just nice. Bila tengok pun takde lah pening sangat sampai kena perah otak. Yang pasti, unsur thriller dan saspens tu yang buatkan cerita ni berbaloi untuk ditonton.

Adakah Mann akan balas dendam untuk ayah dia?

BTW, mungkin akan ada musim kedua. Ada beberapa misteri yang masih belum terungkai. Apa kisah yang menyebabkan ketua sukarelawan paramedik Jaitham, Somsak masuk penjara suatu ketika dulu? Kenapa isteri dia lumpuh? Apa yang akan anak Wat yang balik dari luar negara buat bila tahu ayah dia kantoi buat kerja kotor? Nantikan. Harapnya plot musim kedua nanti (kalau ada), akan bertambah menarik.

Post a Comment

12 Comments

  1. OK bole layan gak lepas ni.. :)menarik jalan citer

    ReplyDelete
  2. sama lah kite, tak layan lagi squid game tu. skrg ni tgh layan drama korea. pas ni boleh lah layan bangkok breaking ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Squid Game tu kena hold dulu. Mungkin minggu depan baru boleh tengok. 😅

      Delete
  3. Ulasan beracun ni.. Ammi kene resubscribe netflix semula ke camne ni??

    ReplyDelete
  4. Plot jalan cerita menarik juga . Ccl bookmarks duku dlam list .

    ReplyDelete
  5. wow mama suka jalan cerita mcm ni. misterius dan thrill

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tengok nanti ni. Saya tengok episod pertama pun berdebar-debar.

      Delete
  6. In the end, Running Man jugak yang best. setujuuuuu sgt dgn ayat ni hahahahah

    dulu suka si Weir ni selalu jg layan drama2 dia hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. RM jugak yang tetap di hati. 😂

      Weir ni berlakon watak apa pun memang menjadi. Dulu start kenal pun masa layan filem The Teacher's Diary.

      Delete