What's up?

  • run

    HOME

Review: KFC Extra Hot & Spicy. Indah khabar dari rupa?


Alhamdulillah. Berkesempatan nak makan ayam goreng viral dari KFC. Menu baru katanya. Hari tu duk scroll Twitter, ramai yang bandingkan dengan McD. Ada yang puas hati dan ada yang kecewa.

Aku malas nak pergi kaunter semata-mata nak beli ayam ni. Dengan virus yang masih menggila sekarang ni. Tak kuasa aku. Dengan itu, aku pun order lah guna GrabFood. Tak lama pun tunggu. Tak sampai setengah jam, ayam tu pun sampai. Kali ni bukan rider, tapi driver yang hantar. First time makanan yang aku order, Grab hantar pakai kereta.


Aku beli set ayam dua ketul. Dalam set ni ada jugak whipped potato, coleslaw dan air Pepsi. Aku pilih air Pepsi Black tapi diorang bagi aku air Pepsi normal tanpa sebarang notis. Aduh. Sama ada staff tu silap bagi atau memang takde stok, aku malas nak ambik port. Yang penting ayam aku part ribs ada. Kalau tak, memang aku call balik diorang.

Wajib dimakan bersama nasi putih.

Best ke ayam baru ni? Bagi aku, best dan lagi pedas dari ayam pedas normal KFC tu. Dah nama pun ada 'extra' kat depan, harus lah lebih pedas kan? Sejujurnya, ayam baru ni 90% sama macam ayam pedas McD. Bukan 3x pedas tu tapi pedas normal. Tekstur, warna dan bau pun hampir sama.

Yang aku rasa lain, masa makan ayam ni, ada rasa limau purut. Rasa tu tak selalu muncul. Kadang bila gigit kulit, akan rasa manja-manja limau purut tu.


Lagi satu, aku order sekali dengan fries aka Kentang Goncang. Salah satu menu baru jugak. Yang ni pun hampir sama dengan style McD. Pedas dan sedap. Even lagi pedas daripada ayam promo ni. Sampai bersin bila perencah tu menusuk dalam hidung.


Bagi aku, promo kali ni tak mengecewakan. Bukan sekadar indah khabar dari rupa. Memang realiti ayam ni lagi pedas dari ayam pedas normal KFC. Pedas kaw-kaw tu takde lah tapi tetap lebih pedas. Fries tu pulak memang ketagih betul makan. Selalunya bila order set yang ada fries, memang letak tepi je. Tapi bila buat style goncang macam ni, memang habis licin ditelan.

15 comment (s):

  1. Haritu beli air kelapa je pun dia hantar naik kereta hahaha. Ada tengok review kat youtube kata kecewa dgn menu ni sebab tak se-pedas ayam mcd 3x tu ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Saya masa beli memang tak compare pun dengan McD. Sebab tahu ayam 3x pedas tu takde tandingan.

      Delete
  2. Nampak menyelerakan.. Rasanya lama dah tak pekena KFC ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila lama tak makan memang selera tu lain macam. Rasa nikmat pulak.

      Delete
  3. Saya selalu dapat yang bawak kereta kalau order dekat grab. Rasa wow kejap sebab ingatkan takde penghantar makanan yang naik kereta. Ingatkan naik motor semuanya. Untuk ayam ni tak try lagi. Sebab takut pedas melampau. Tapi BK cakap pedas macam ayam McD normal tu kira okey lagilah, boleh try lah lepasni hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. First time jumpa GrabFood naik kereta. Mungkin sebab sekarang ramai buat part time kot.

      Cuba lah. Memang berbaloi beli. Jarang KFC nak ada ayam best macam ni. Fries tu pun best.

      Delete
  4. Boleh cuba nanti ni walaupun ksarie dari dulu minat yang original

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka je makan original. Asalkan bukan part tight atau peha. Memang kureng sikit part tu.

      Delete
  5. Kentang tu nampak menyelerakan mungkin saya patut cuba hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba. Tapi rasa fries tu memang pedas. ๐Ÿ˜

      Delete
    2. Risau juga kalau memang pedas. Sebab sekarang mmg tengah jaga pemakanan. Seriau kena serangan gastrik haritu sebab kan makan pedas. Sampai terbaring hampir seminggu juga

      Delete
  6. Eh , CCL tertarik pulak tengok kentang goncang tu . Mesti dia goncang bersama serbuk cili . Nak terjah KFC laa nak rasa kentang goncang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ada serbuk cili yang disediakan sekali.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.