Review: Edifier Heavy Bass P205 earbud.


Earbud (atau earphone) terbaru yang aku beli. Masih kategori bajet. Edifier memang tak asing lagi dalam pembuatan earphone dan speaker. Kalau scroll produk diorang, memang banyak aksesori yang power. Setakat aku beli produk Edifier, memang tak pernah lagi mengecewakan. Dari segi kualiti memang tip top setanding dengan harga.


Aku beli earphone ni masa promo. Seller bagi diskaun RM5. Sebenarnya Edifier memang selalu bagi promo. Boleh katakan setiap bulan ada je promo yang kedai diorang buat. Kali ni sempat aku rembat satu.


Tergerak hati aku nak buat review ni kes setakat aku cari kat dunia maya ni, takde pulak sesiapa yang sudi buat review pasal model ni. Nak kata model earphone ni lama, aku tak rasa lama pun. Tak sampai dua bulan kedai rasmi Edifier ni jual. Mungkin baru lagi dijual kat pasaran. Sebab tu ramai lagi tak tahu kot.

Spesifikasi:
  • Model: Edifier Heavy Bass P205
  • Frequency response: 20 Hz - 20 kHz
  • Sensitivity: 99.3 ± 3 dB
  • Cable length: 1.2 m ± 3 mm
  • Connector: 3.5 mm plug

Ciri-ciri:
  • 8 mm dynamic drivers for punchy bass and rich mid-range.
  • Stylish design with CD pattern highlights the craft and texture.
  • Omni-directional and high-sensitivity microphone for clear phone calls.
  • Inline control for easy operation of music/calls.
  • Compact and lightweight design for all-day comfort.

Lepas guna beberapa hari, aku boleh katakan yang earphone ni antara earphone bajet yang dapat hasilkan bunyi yang padu dan berkualiti. Memang betul tagline 'punchy bass' dalam nama macam yang diorang diiklankan. Bila dengar lagu atau tengok MV, bunyi bass earphone ni sangat-sangat best. Boleh dengar sebijik-sebijik bass sampai terasa gegaran gegendang telinga.

Harga: ★★★★★
Kualiti: ★★★★★
Design: ★★★★★
Keselesaan: ★★☆☆☆

Stereo: ★★★★★
Bass: ★★★★★
Treble: ★★★★★
Neutral sound: ★★★★★

Mic earphone ni memang jelas. Aku cuba rakam suara guna app Audacity. Hasilnya sangat memberansangkan. Mic ni dapat capture suara aku dengan jelas tanpa ada noise yang berlebihan kat sekeliling walaupun kipas laptop aku mengaum bak singa lapar.


Dari segi design, aku tak nampak premium. Just nice. Tak nampak terlalu murah atau terlalu mahal. Yang pasti, earphone ni memang ringan. Aku tak tahu berapa gram. Tapi setakat earphone yang aku beli, earphone Edifier P205 ni memang terasa ringan.


Yang kureng sikit dari segi keselesaan. Kalau perasan, design kat belakang earphone tu flat tapi sisi tu tajam macam hujung silinder. Kalau pakai dalam masa yang lama, memang rasa pedih kat dalam telinga. Ringan tapi tak selesa. Kalau design earphone ni macam design dulu-dulu tu, yang pesen letak je dalam telinga, mungkin lagi selesa kot.

Berbaloi ke beli? Untuk dapatkan kualiti bass yang padu, aku rasa berbaloi je. Payah nak jumpa earphone bajet yang hasilkan bass macam ni. Cuma itu lah. Dari segi keselesaan tu memang kurang. Tak tahu lah kalau orang lain pakai macam mana. Tapi bagi aku, memang aku takkan pakai lama-lama dalam telinga.

Post a Comment

8 Comments

  1. best bila beli earphone yang yang dapat hasilkan kualiti sound yang padu , yang penting bila letak di telinga ia tak memedihkan telinga , selesa je pakai

    ReplyDelete
  2. Saya tak suka earphone telinga gitu, kalau pakai confirm jatuh dari telinga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Tak semua sesuai. Saya pun kalau kat luar, memang tak bawak lah jenis macam ni. Duk dalam rumah je pakai.

      Delete