Selamat Hari Malaysia ke-58 tahun (16 September 2021).


Alhamdulillah. Masih mampu bersama-sama meraikan Hari Malaysia. Walaupun sambutan tak semeriah Hari Merdeka, tapi sejarah penubuhan Malaysia sangat penting untuk kita ingat. Bukan senang untuk negara kita menjadi sebuah negara yang diberi nama Malaysia ni.

Kronologi pembentukan Malaysia


27 Mei 1961
  • Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Malayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik.

23 Julai 1961
  • Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Malayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Ogos 1961
  • Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah.

18 - 20 Disember 1961
  • Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching, Sarawak.

6 - 7 Januari 1962
  • Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur.

17 Januari 1962
  • Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.
  • Suruhanjaya dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato' Wong Pow Nee, Encik Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston.
  • Mr H. Harris bertindak sebagal Setiausaha.

3 - 4 Februari 1962
  • Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia.

21 Jun 1962
  • Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Julai 1962
  • Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.

9 Julai 1963
  • Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel Malborough House, London.
  • Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakli-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 September 1963
  • Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
  • Pengisytiharan Penubuhan Malaysia teiah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman di hadapan lebih kurang 30 ribu rakyat Malaysia.

Memandangkan hari ni merupakan hari cuti am seluruh Malaysia, diharapkan masing-masing masih ingat dan jangan lupa yang kita masih dalam pandemik. Gunakan cuti yang diberikan sebaiknya, elakkan pergi ke tempat sesak dan sentiasa ikut SOP.

Post a Comment

16 Comments

  1. Selamat bercuti dan selamat Hari Malaysia juga. 😊

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Malaysia🇲🇾😊💕

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Malaysia
    Selamat bercuti
    selamat beristeri rehat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Selamat Hari Malaysia. Panjang betul ucapan Wak. Untung betul isteri dapat rehat. 😁

      Delete
  4. Selamat Hari Malaysia! Harap harap takde lagi la orang ingat Sabah Sarawak ni bukan dalam Malaysia :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Selamat Hari Malaysia. Itu lah. Pelik jugak masih ada yang tak tahu Sabah dan Sarawak tu dalam Malaysia.

      Delete