Plays.org: Antara racun dan penawar.


Sejak dua menjak ni memang aku banyak habiskan masa duk main game. Ada game dalam laptop dan ada jugak dalam phone. Jujurnya, aku bukan kipas-susah-mati game advance macam PUBG, ML, Asphalt dsb. Bagi aku, mana-mana game yang dapat kurangkan tekanan seharian aku dan dalam masa sama, aku enjoy main, tu pun dah cukup baik.

Aku ada baca review bloggers pasal Plays.org ni. Racun betul lah diorang ni. Banyak review positif yang diorang bagi. Aku pun try bukak tengok game apa yang ada. Bila aku bukak je portal tu, terus aku ingat zaman kegemilangan game Facebook.

Kenapa? Banyak game yang best dan menarik yang aku jumpa. Simple tapi addicted. Sama macam Facebook, semua game ni kena main secara online. Data dan progress game ni akan tersimpan dalam cache browser. So, kalau nak sambung main, jangan sesekali clear cache atau history browser.

1. Game diasingkan ikut kategori.



Dalam portal ni, ada macam-macam game yang diasingkan berdasarkan kategori. Macam aku, aku memang minat main game defense dan acrade. Tapi sebenarnya memang banyak jenis yang ada termasuk lah game klasik macam Solitaire. Dulu masa guna komputer besar gedabak, memang game ni je lah yang selalu main.


Game Solitaire ni bukan judi ye walaupun kad tarot atau daun terup ni selalu dikaitkan dengan judi. Game ni memang sangat menguji kesabaran. Silap langkah, memang sia-sia main dari awal. Kena teliti 200%.

2. Percuma dan takde iklan.



Part ni antara kelebihan yang aku nampak bila main game kat sini. Semua game adalah percuma. Tak perlu subscribe atau bayar apa-apa. Paling best, masa tengah main, takkan ada iklan yang tiba-tiba muncul. Tak macam sesetengah game dalam phone, kalau game percuma, mesti akan muncul pop-up iklan waktu tengah syok main.

3. Boleh main melalui phone.



Kalau takde laptop atau PC, jangan risau. Game kat portal ni boleh main guna phone. Zaman sekarang kan zaman mudah alih. Ramai yang habiskan masa dengan phone berbanding laptop atau PC. Sama jugak macam versi desktop, progress game akan disimpan dalam cache. Walaupun dah exit browser, selagi kita tak clear cache, selagi tu data game tu ada dan boleh sambung main nanti.

4. Bagus untuk perkembangan minda.



Bagi aku, game dalam portal ni sangat bagus bukan hanya untuk orang dewasa, tapi jugak untuk kanak-kanak. Salah satu sebab, takde iklan. Ye lah. Nanti bila budak main, tak pepasal keluar iklan-iklan pelik pulak. Kedua, dapat asah pemikiran kanak-kanak untuk berfikir lebih kritis dalam keadaan kritikal.

Antara game yang aku suggest ialah game Math Boy. Game ni simple tapi menguji ketangkasan minda untuk buat kira-kira dalam waktu yang singkat. Padahal soalan tambah tolak darab bahagi je. Tapi bila spontan kena jawab, memang gelabah lah.

5. Recommended: Penguin Cafe.



Sekarang aku tengah gigih nak habiskan main game Penguin Cafe. Ingat lagi masa dulu-dulu main game Diner Dash. Punya lah semangat duk main hari-hari sebab nak master setiap level.


Penguin Cafe ni game simple tapi kena selalu repeat level sebab nak tambah coins. Bila ada banyak coins, baru boleh upgrade cafe. Tapi aku tak puas hati dengan tukang masak cafe ni. Lambat betul makanan siap! Tak pepasal kena marah dek customer yang kelaparan. Rasanya aku boleh habis main dalam masa singkat sebab level pun tak banyak.

Post a Comment

12 Comments

  1. Yeah best web ni main tanpa ada iklan menganggu.

    ReplyDelete
  2. Pernah buka web plays.org ni . Memang banyak betul games . Pelbagai kategori game yang ada . Banyak pulak tu

    ReplyDelete
  3. dah la dah lama gila tak main game... nampak pulak post ni haaa sabo jap 2 next weeks habis short sem kita bantai smpai lebam hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Nanti gigih macam saya tak berhenti main. 😅

      Delete
  4. Masuk sini memang syok main sampai tak sedar pukul berapa hahaha. Kalau saya, saya suka game typing. Acah acah jadi setiausaha hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Boleh cuba main game typing tu. Sekarang gigih main game penguin tu. 😄

      Delete
  5. Suka games yang ada kat plays.org ni. Kalau dah start main memang payah nak berhenti😂

    ReplyDelete