What's up?

  • run

    HOME

Sarapan dengan roti kari ayam Gardenia dan air kotak beras pulut hitam Goodday.


Semalam kan aku ada shopping haul (lah sangant) kat 7e. Tak sempat nak makan semua barang yang aku beli tu. Pagi ni, terasa nak cuba roti dari Gardenia. Roti berinti kari ayam. Tak terlintas dek akal yang roti sebegini rupa pun ada. Selalu makan roti inti ikan bilis je. Kat kedai runcit pun banyak yang jual roti ikan bilis.

Harga seketul roti ni RM2. Murah jugak kan? Ke mahal? Bagi aku memang murah jugak. Ni kalau wujud masa zaman kampus dulu, memang hari-hari aku beli. Jimat duit dan boleh isi perut sampai petang. Lagi-lagi time study week. Malas nak turun kafe, beli roti ni je makan dalam bilik.


Pelik ke rasa roti ni? Tak. Memang rasa kari ayam. Ibarat cicah roti kosong dalam kari ayam. Tapi yang lainnya, inti roti ni. Ayam yang digunakan adalah ayam kisar, bukan ayam ketul-ketul yang kita masak kari tu. Bila buat ayam kisar, rasa janggal sikit masa makan. Best tapi tak cukup feel makan roti dengan kari.

Air kotak Goodday ni pulak aku tak pasti baru wujud ke tak. Tak pernah jumpa sebelum ni. Ke aku yang duk dalam gua? Rasa air kotak Black Glutinous Rice ni memang sama rasa macam bubur pulut hitam. Tak manis dan rasa susu fresh yang ada flavour bubur pulut hitam. Harga pun RM1 seketul. Menyesal pulak tak beli lebih. Memang berbaloi minum tengah panas terik. Lagi-lagi bila campur ais.


Lagipun Goodday ni antara air kotak yang aku suka minum, selain brand Nespray. Rasa kick susu dia lain macam. Best bila minum waktu air susu ni masih sejuk. Memang terasa sejuk sampai ke tekak. Antara susu fresh dan susu tepung, aku prefer susu fresh. Tak tahu kenapa. Bila minum susu tepung, memang tak boleh telan sampai habis. Dari dulu sampai sekarang. Ingatkan memang aku tak suka susu. Mungkin sebab deria rasa aku tak mampu terima susu tepung walau brand mahal sekalipun.

Sekarang 7e tengah buat stock clearance. Banyak barang yang diorang jual dengan harga yang sangat murah terutamanya produk makanan. Kalau buku-buku atau barang mandian dsb, harga kebanyakan maintain sama. Terasa macam nak pergi borong lagi kalau ada masa. Buat stok sambil layan filem dan drama.

8 comment (s):

  1. roti ni fevret aku gak, tapi yg satu lagi tu, makerel ke ape, itu tak sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal Mackerel. Pesen sardin. Nampak jugak yang tu. Tapi tak beli sebab tak minat sangat ikan. 😅

      Delete
  2. Goodday memang jual air pelik-pelik. Pernah ada promo teh hijau susu, haha tidak ingat perisa lagi satu.
    Bolehlah rasa.
    Ini pulut hitam ya. Tengoklah macam mana. Susah hendak keluar sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Tapi sedap rasa susu ni. Minum sekotak memang tak cukup. 😅

      Delete
  3. nampak sedap tu , boleh la sebagai lapik perut di pagi hari

    ReplyDelete
  4. Goodday saya suka kalah teh hijau susu tu. aaa lama dah tak minum, nampaknya kena cari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teh hijau susu tak pernah cuba lagi. Tak perasan ada ke tak masa pergi hari tu.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.