What's up?

  • run

    HOME

Beli aksesori laptop kat Shopee untuk mudahkan urusan harian.


Aku memang dah lama buat bajet nak beli beberapa aksesori laptop. Tapi tak terbeli dek kerana harga yang agak tinggi. Nak kata penting untuk beli tu, tak jugak. Tapi kalau ada, lagi bagus. Dapat bagi lebih keselesaan dan mudahkan urusan bila nak pakai laptop.

Barang pertama yang aku beli adalah USB port extension. Benda ni sangat penting untuk aku guna. Ye lah. USB port yang sedia ada kat laptop ada 3 ketul je. Belah kanan ada satu, belah kiri ada dua. Semua port tu dah penuh. Kesnya satu aku cucuk wireless mouse, satu USB kipas laptop dan satu lagi untuk external speaker. Semua memang dah penuh. Nak tak nak, kena beli extension.



Aku dah pernah beli yang murah kat MR. DIY. Tapi tak tahan lama. Satu butang suis dah rosak, tak boleh tekan. Lagi satu, USB tu kalau cucuk pendrive atau external hard disk, memang slow sangat untuk transfer apa-apa files. Macam tak function dengan elok. Bila guna yang baru ni, berdesup laju.

Harga: RM17.89
Link Shopee: USB port extension

Aksesori kedua yang aku beli adalah lampu laptop. Aku order dari China. Masa tengok angkasawan comel ni, terus excited nak beli. Review kat Shopee pun banyak yang positif. Lampu ni sangat convenient bila nak buat kerja tengah malam atau pagi-pagi buta tanpa bukak lampu siling. Ataupun petang-petang bila nak hujan, awan auto mendung dan keadaan sekeliling pun jadi gelap. Boleh bukak lampu ni bila ada urusan penting nak dibuat masa guna laptop.



Aku suka lampu ni sebab boleh on dan off tanpa perlu cabut USB tu dari laptop. Hanya naikkan atau turunkan cermin helmet dia tu.

Harga: RM5.65

Barang ketiga yang aku beli adalah kipas tambahan laptop. Aku dah ada kipas USB laptop yang aku beli kat MR. DIY tapi kes tak cukup laju. Dan aku bukan 24 jam on kipas. Kalau weekend, lepas bangun tidur, memang akan tutup kipas siling dan buka balik bila masuk waktu maghrib. Dan kipas meja yang besar gedabak tu ada je tapi aku tak guna kes agak mengganggu bila nak guna laptop. Rasa geli-geli kat belakang leher bila ditiup angin kipas tu.



Jadi, aku rasa perlu jugak untuk aku beli kipas secoit ni. Cukup sekadar dapat kurangkan haba sekeliling sementara kipas siling ditutup. Tapi lawak betul kipas ni. Bunyi mengaum mengalahkan motobot. Ni kalau bawak masa jalan-jalan, confirm semua orang pandang.

Harga: RM9.88
Link Shopee: Kipas tangan mini

Lepas ni boleh lah guna laptop dengan lebih selesa. Semua barang ni aku order dari China. Harapnya mampu bertahan lama. Sebab harga pun bukan murah kalau nak dibandingkan dengan produk lain. Harga tu harga asal. Kalau ada promo, memang akan dapat diskaun dan selalunya off RM5. Lagi satu, setahu aku, kalau barang dari China terlalu mudah, memang takkan tahan lama. Tapi kalau barang tu harganya standard harga barang kat Malaysia, pasti akan tahan lama. Yang penting kena cermat bila guna.

10 comment (s):

  1. comel sungguh lampu angkasawan n kipas mini tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Memang comel je jadi peneman sambil online.

      Delete
  2. Senang nak menaip dalam gelap bila ada lampu tu. Akak pun cadang nak beli satu. Tapi tunggulah. Sebab akak nak tukar screen laptop dulu. Teruk sangat dah ๐Ÿ˜‚.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak. Buat yang penting dulu. Kang nanti dah beli lampu, laptop meragam pulak.

      Delete
  3. usb port extention tu mmg keperluan. lampu angkasawan tu comel, nak cari gak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang kena ada. Memang comel lampu tu. ๐Ÿ‘

      Delete
  4. nampak comel la design lampu tu .nak kena pegi usha shopee jugak la

    ReplyDelete
  5. Lampu tu comel. Btw kita sama, saya beli juga usb port sebab tak cukup usb 3 ketul je, nak mouse lagi, keyboard lagi, lampu belajar pun pakai usb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kena tambah port baru senang. Lampu tu memang comel. ๐Ÿ˜…

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.