What's up?

  • run

    HOME

Percubaan beli barang di Shopee menggunakan Sea Shipping.


Selama aku beli barang dari China, aku memang akan guna Standard Delivery. Tak pernah lagi aku guna Sea Shipping.

Beza Sea Shipping vs Standard Delivery

Kalau pilih Standard Delivery, barang akan dihantar masuk ke Malaysia menggunakan kapal terbang. Estimate dalam masa 7 hari. Manakala Sea Shipping, barang akan dihantar menggunakan kapal kargo atau kontena melalui jalan laut. Estimate delivery untuk Sea Shipping ni antara 18 hingga 25 hari.

Guna jalan laut memang lagi murah dari jalan udara. Tapi makan masa untuk sampai. Faktor cuaca memainkan peranan penting. Cuba bayangkan bila kapal tu nak hantar barang ke Malaysia, waktu tu pulak hujan, ribut, air laut bergelora dsb. Mesti makan masa nak sampai. Lagi satu, sistem trafik kat laut ni tak sama macam darat dan udara. Sebab rintangan kat laut memang tak boleh nak expect.


Pernah ada kes tahun ni, sebuah kapal kontena sangkut kat Terusan Suez disebabkan angin kencang. Secara langsung, terus tutup laluan kapal lain keluar masuk. Terusan Suez ni salah satu laluan perdagangan maritim antarabangsa terpenting di dunia.


Aku saja nak cuba guna option Sea Shipping ni. Nak tengok tahap kelajuan shipping tu. Aku order barang secoit je. Seller buat promo 77 sen waktu tu. Kos shipping 50 sen. Aku order 18 Jun dan seller pos 19 Jun. Tunggu punya tunggu, 9 Julai, barang aku pun sampai. Ambil masa 21 hari. Memang sangat lama untuk sampai berbanding normal shipping.

Seller bagi banyak free gift (sticker dan Minion).

Keychain Attack on Titan.

Berbaloi ke guna Sea Shipping?

Bagi aku, tak. Tak berbaloi. Kalau dah ada Standard Delivery, kenapa nak pilih Sea Shipping? Harga Standard Delivery pun bukan jauh beza dengan harga kurier dalam Malaysia ni. Lagipun, sekarang Standard Delivery dari China dah makin laju. Ada barang yang aku order, ambil masa 4 hari je. Berdesup laju kalau nak dibandingkan dari dalam Malaysia. Macam tak logik kan? Mungkin keadaan kat China makin sistematik. So, barang yang buyer order, terus dihantar ke Malaysia secepat mungkin.

36 comment (s):

  1. Pernah jugakkk buat sekali, jenuhhh oi menunggu hahaha. Memang serikkk walaupun bukan barang urgent tapi cukup jelah kita try sekali hahahaha >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kita pulak yang risau barang entah sampai ke tak.

      Delete
  2. kalau sanggup menunggu ape salahnye kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada yang prefer Sea Shipping. Bergantung kepada keperluan.

      Delete
  3. kalau barangan yang berat2 guna standard delivery tentu mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Mungkin kalau barang berat, boleh cuba Sea Shipping.

      Delete
  4. Setakat ni tak pernah guna sea shipping. Walaupun murah tak tergamak nak guna..kalau boleh prefer local seller. kalau tak ada pilihan baru order dari mainland.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jenuh menunggu walaupun barang secoit. 😌

      Delete
  5. Belum pernah ada pengalaman guna sea shipping lagi. Selalu kalau beli barang dari Cina pun, guna option standard delivery.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tau lepas ni ada pengalaman guna Sea Shipping pulak. Boleh share nanti. 😂

      Delete
  6. Idokle..saya tak sesabar itu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Bukan keperluan lagi nak guna Sea Shipping. 😅

      Delete
  7. Saya nk tanya guna sea shipping ni lepas brg sampai kat station, brg tu dia hantar terus ke dgn courier ke rumah kita? Jenuh menunggu brg tak sampai2..risau gak sbb kat apps pun lambat update status brg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Macam delivery biasa dari China tu. Bezanya Sea Shipping ni makan banyak masa untuk sampai Malaysia.

      Bila dah sampai Malaysia, cepat je kurier Malaysia hantar. Dalam 2 hari saya dah dapat.

      Delete
  8. barang yg berat boleh kot guna sea shipping. kalau ringan2 rasa xpa la guna yg express laju ckt. hahaha

    ReplyDelete
  9. parcel has been loaded onto transport at station..kalu gini,parcel ade kt Malaysia or mainland?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya kalau ada 'at station' tu, barang dah sampai kat Malaysia.

      Delete
  10. Alamak .. dah order guna sea shipping baru bce blog awk . Tp memg terpaksa guna sea shipping sbb shopee pay xcukup uwangg . Jadi tggu lah dgn tabah dan sabar 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Memang kena banyak bersabar kalau guna Sea Shipping. 😅

      Delete
  11. 23-09-2021 12:00
    Parcel has been loaded onto transport at station
    08-09-2021 04:03
    [China] Parcel has departed from Shenzhen sorting centre
    07-09-2021 22:28
    [China] Parcel has arrived at Shenzhen sorting centre
    07-09-2021 21:58
    [China] Sender has shipped your parcel
    06-09-2021 13:52
    [China] Sender is preparing to ship your parcel

    ni timeline seashipping sy..lepas nih no more la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama kan? Saya punya 20 Jun gerak dari China dan 7 Julai sampai Malaysia. 17 hari. Tu tak termasuk perjalanan kurier dalam Malaysia. 😂

      Delete
    2. sama juga sini.. 23rd Sep Parcel has been loaded onto transport at station.. sampai sekarang lol.. last time buy using sea shipping d, hari hari check delivery status pun penat 😂

      Delete
    3. Kann. Saya dah serik dah nak guna lepas ni.

      Delete
  12. sedikit update dari rasa ingin tahu

    02-10-2021 23:13
    Parcel has arrived at station: KUL HUB (MYS_BEST:60850090994785)
    23-09-2021 12:00
    Parcel has been loaded onto transport at station
    08-09-2021 04:03
    [China] Parcel has departed from Shenzhen sorting centre
    07-09-2021 22:28
    [China] Parcel has arrived at Shenzhen sorting centre
    07-09-2021 21:58
    [China] Sender has shipped your parcel
    06-09-2021 13:52
    [China] Sender is preparing to ship your parcel

    sampai jgk malaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah! Tapi lama jugak masa nak masuk Malaysia tu.

      Delete
  13. Alamak dulu terlepas. First and last lah . Not really recommended

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Untuk beli barang biasa, memang tak recommended sangat. Better guna normal shipping. Bayar lebih sikit, asal puas hati.

      Delete
  14. Nak tanya, kalau sea ship dr mlysia ke sabah, estimate brp hri ye smpai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung jugak. Biasanya dalam masa satu hingga 3 minggu.

      Delete
  15. Terima kasih share pengalaman... Sy x sengaja tertekan sea shipping... barang pn belum smpai... Order dr 23 September...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pernah jadi kat saya baru-baru ni. Order barang dari China. Sistem auto pilih Sea Shipping. Nasib baik perasan dan terus tukar.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.