What's up?

  • run

    HOME

Akhirnya, sebutir pingat berjaya dimiliki Malaysia dalam Olimpik 2020 Tokyo.


Baru tadi lepas tengok match badminton. Beregu lelaki Malaysia lawan Indonesia dalam perebutan pingat gangsa. Aku tumpang gembira untuk diorang. Setelah bertungkus-lumus bertarung dari pusingan pertama lagi, akhirnya berjaya hadiahkan Malaysia sebutir gangsa.


Lawan diorang kebanyakannya memang hebat-hebat. Ranking Badminton World Federation (BWF) lagi atas dari diorang.

Perjalanan match di Olimpik.

Ranking BWF.

Bukan selalu kita nak raih pingat dalam Olimpik. Match tadi memang cukup mendebarkan. Walaupun kalah set pertama, diorang bangkit dalam set ke-2 dan seterusnya menang dalam rubber set (17-21, 21-17, 21-14). Pemain Indonesia tu pun bukan calang-calang. Kedudukan ke-2 dunia.




Sebutir pingat gangsa yang sangat berharga. Harapnya atlet lain yang masih lagi bertanding kat sana, akan lebih bersemangat melihat kejayaan anak-anak Malaysia ni.

16 comment (s):

  1. luruh jantung tgk td😆😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita. Dup dap jantung. Punya semangat nak diorang menang jugak.

      Delete
  2. Tahniah. Malaysia boleh. Ada seorang wakil Melaka di situ. #doneclaim 😆😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Takpe, Melaka main dalam SUKMA nanti. Kali ni dia wakli untuk Malaysia.

      Delete
  3. Alhdulillah tahniah team malaysia . Kita,yg,kat malaysia ni berpeluh tengok diorang bermain ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ni lah yang mampu bagi harapan pingat untuk Malaysia. Payah dah lepas ni nak dapat.

      Delete
  4. Sangat sangat berharga medal tu. 1st medal untuk negara Malaysia Olimpik 2020. Tahniah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah buat mereka berdua. Memang sebak tengok diorang bersungguh-sungguh nak menang.

      Delete
  5. Alhamdulillah, rezeki untuk Malaysia!! 😊💕

    ReplyDelete
  6. First medal dari Malaysia! Memang suka sangat bila dapat medal walaupun medal gangsa je hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Risau Malaysia balik tanpa bawak apa-apa pingat. 😂

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.