What's up?

  • run

    HOME

Ini senarai 30 atlet Malaysia dalam Olimpik Tokyo 2020.


Olimpik dah buat pembukaan secara rasmi semalam. Kali ni, seramai 30 atlet negara kita yang sertai Olimpik 2020. Ada sebanyak 10 jenis sukan yang Malaysia join. Kenapa 2020, bukan 2021? Sebab Olimpik Tokyo ni sepatutnya buat tahun lepas. Tapi terpaksa cancel sebab kes COVID-19 teruk sangat waktu tu.

Senarai atlet Malaysia dalam Olimpik Tokyo 2020




1. Badminton
  • Perseorangan lelaki: Lee Zii Jia
  • Perseorangan wanita: Soniia Cheah
  • Beregu lelaki: Aaron Chia - Soh Wooi Yik
  • Beregu wanita: Chow Mei Kuan - Lee Meng Yean
  • Beregu campuran: Chan Peng Soon - Goh Liu Ying

2. Berbasikal
  • Keirin lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom
  • Pecut lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom

3. Gimnastik
  • All-around wanita: Farah Ann Abdul Hadi
  • All-around lelaki: Jeremiah Loo Phay Xing

4. Golf
  • Individu lelaki: Gavin Green
  • Individu wanita: Kelly Tan

5. Memanah
  • Individu lelaki: Khairul Anuar Mohamad
  • Individu wanita: Syaqiera Mashayikh

6. Menembak
  • 50 meter rifle 3 position wanita: Nur Suryani Mohamed Taibi

7. Olahraga
  • Lompat tinggi: Lee Hup Wei
  • 100 meter wanita: Azreen Nabila Alias

8. Pelayaran
  • Laser lelaki: Khairulnizam Mohd Afendy
  • Laser radial wanita: Nur Shazrin Mohd Latif
  • International 470 wanita: Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali

9. Renang
  • 200 meter dan 400 meter gaya bebas lelaki: Welson Sim Wee Sheng
  • 100 meter dan 200 meter kuak dada wanita: Phee Jinq En

10. Terjun
  • 3 meter papan anjal individu wanita: Nur Dhabitah Sabri, Wendy Ng Yan Yee
  • 10 meter platform individu wanita: Pandelela Rinong Pamg, Cheong Jun Hoong
  • 10 meter platform seirama wanita: Pandelela Rinong Pamg - Leong Mun Yee

Tahniah kepada semua atlet. Semoga Olimpik kali ni bawak 1001 kenangan manis buat kita semua. Dengar cerita, Malaysia target 3 pingat termasuk satu emas. Kita dah lama nak merasa emas sejak zaman Lee Chong Wei lagi. Semoga kali ni menjadi lah.

#DemiMalaysia #GanbatteMalaysia 💪

18 comment (s):

  1. Ccl suka tengok olimpik renang & badminton

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka tengok semua. Asalkan team Malaysia ada.

      Delete
  2. Goodluck and all the best Malaysia! Semoga tercapai target dan dapat bawa pulang 3 pingat seperti yang diimpikan. Aamiin.

    ReplyDelete
  3. Mudah2an ada yang dapat sumbangkan pingat emas untuk Malaysia

    ReplyDelete
  4. Moga ada sinar emas buat atlit Malaysia. Malaysia Boleh!!

    ReplyDelete
  5. Semoga ada kemenangan dan emas buat Malaysia untuk dibawa pulang. Malaysia Boleh dan majulah sukan untuk negara.

    ReplyDelete
  6. Selamat maju jaya atlet Malaysia! Moga ada pingat emas untuk kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Semoga apa yang diimpikan membuahkan hasil.

      Delete
  7. Hari tu, tengok pembukaan olimpik di TV2. Semoga atlit kita berjaya dan selamat pergi, selamat balik. Sebab ada atlit negara mana ntah, sampai jepun, test covid, positif pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau jugak macam tu. Harap diorang jaga SOP 200% kat sana. Kang tak pepasal melepas pingat.

      Delete
  8. Nice info... setakat ni x dpt info penuh mcm ni.. tq BK

    ReplyDelete
  9. Content yg sgt bermanfaat.
    Gambatey Malayasia!

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.