What's up?

  • run

    HOME

Komentar di setiap entri. Kenapa aku suka reply?


Dulu masa berblogging awal tahun 2010, aku suka baca blog orang tanpa tinggalkan komen. Silent reader orang panggil. Walaupun tak komen, tapi aku tetap baca entri tu. Kadang-kadang lepas baca, aku tinggalkan komen kat chat box.


Bila dah start era baru berblogging, hampir semua. Ya. Boleh katakan 98% komen dari pembaca akan aku balas. Kalau aku masukkan nama aku dalam Top Commentator, memang aku akan jadi nombor satu. Kenapa?

1. Aku hargai komen pembaca blog aku.

Bagi aku, setiap komen yang ditulis, sangat berharga. Pembaca gigih korban masa (walapun seminit!) untuk tinggalkan jejak di entri blog. Ada yang bagi pendapat, ada yang tanya soalan. Aku tetap akan balas walaupun hanya menggunakan emoji.

2. Perasaan komen yang tak dibalas.

Ibarat cinta bertepuk sebelah tangan. Aku memahami sangat macam mana rasa bila komen aku kat blog orang, tak dibalas oleh owner blog tu. Bukan takde masa. Sebab aku perasan komen selepas aku, ada je yang dibalas mereka. Aku tak tahu sebab apa. Mungkin komen hanya dibalas berdasarkan kenalan atau info penting je?

3. Jadikan blog lebih interaktif.

Aku nak jadikan blog aku lebih berinformasi. Bukan je dari segi kualiti entri, tapi jugak dari segi komunikasi. Ibarat penceramah dan audiens. In the end of setiap sesi ceramah tu, mesti akan ada sesi Q&A kan? Untuk apa? Bagi memastikan audiens faham konteks ilmu yang disampaikan. Kalau tak faham, boleh terus lontarkan pertanyaan. Dan kalau yang dah faham, boleh sama-sama kongsi pendapat for the greater good. Imagine kalau audiens diam membisu? Mesti penceramah akan expect diorang faham, walaupun realitinya masih ada yang samar-samar.

4. Aku tak nak syok sendiri dalam menulis.

Aku pernah info yang aku jadikan blog aku sebagai diari. Tapi tak bermakna aku boleh sesuka hati tulis apa-apa yang mungkin tak sesuai untuk tatapan umum kan? Setiap penulisan biar lah bermanfaat walaupun sekadar tulis aktiviti menyiram pokok bunga kat belakang rumah Mak Jemah, sama ada untuk diri sendiri mahupun orang lain. Orang kata, rakaman kehidupan yang boleh memberi inspirasi kepada mereka yang melihat.

5. Tingkatkan SEO blog.

Antara salah satu faktor pemangkin dalam pengingkatan SEO blog adalah kotak komen tu sendiri. Contohnya kalau kita bukak satu blog untuk refer tutorial. Ruangan komen tak up-to-date. Takde komen balas. Yakin ke tak kita dengan info tutorial yang diberi tu? Bila fikir balik, risau nak follow kot-kot nanti ada problem. Last-last terpaksa cari tutorial dari blog lain.

Kesimpulan

Bila pembaca komen kat blog aku, aku lebih suka balas daripada tinggalkan bodo-bodo macam tu. Aku akan balas jugak walaupun seminggu kemudian. In case kalau dia bukak balik entri yang dia komen, aku nak bagitau dengan reply aku tu, yang aku hargai 200% effort dia untuk komen.

Nak tahu pembaca komen entri blog, senang je. Hanya bukak tab Comments kat dalam Blogger tu. Tak perlu susah-susah gigih bukak setiap page entri.


Bagi aku, kalau dah entri tu ada ruangan komen, guna lah sebaik mungkin. Kalau ada page yang tak perlu komen macam page About, Disclaimer dsb, aku akan disable ruangan komen tu.


Pemerhatian aku, ada je blogger famous kat luar sana yang tak pernah balas komen daripada pembaca. Mungkin sesetengah nak rasa diri eksklusif macam retis gitu. Jual mahal kata orang. Mungkin sesetengah takde masa yang cukup untuk belek-belek komen. Terpulang. Bergantung pada nawaitu masing-masing untuk berblogging. Mana yang baik aku simpan, mana yang buruk aku improve.

31 comment (s):

  1. kadang pun ada juga jadi silent reader bila tak tahu nak komen apa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni saya setuju. Kadang info entri tu difahami secara keseluruhan. Tak tahu nak letak komen apa.

      Delete
  2. tengok pada masa dan kesempatan...kadang kadang reply juga komen pembaca di blog sendiri. lebih lebih lagi komen yg berbentuk soalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jugak. Kalau masa banyak, memang saya pun akan balas komen yang panjang-panjang.

      Delete
  3. Ye betul..ada masa kita takde masa nak jawab komen..ada masa akan jawab..sebab tu akak akan bagi hadiah untuk mereka yang komen...tanda akak menghargai..but mostly memang tiada masa untuk menjawab komen...but akan diusahakan jawab sekiranya ada pertanyaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus inisiatif akak. Memang, kekangan masa yang sebabkan kita tak mampu nak balas komen tu.

      Delete
  4. Saya dah berapa hari tak balas komen.. Hari ni insyaallah, semua akan dibalas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Tengok pada keadaan dan kesempatan. Kalau tak sempat, saya pun akan balas komen bila buat entri baru.

      Delete
  5. Kalau komen goodluck sebab join segmen or giveaway apa semua saya jarang reply. Tapi, kalau entri biasa, saya cuba reply jugak walaupun lambat hehehe. Kadang bukan pilih sebab kenal orang tu ke tidak, tapi dalam komen dia ada menanyakan soalan. Jadi kita reply lah hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau segmen dsb, mungkin tak perlu reply komen, melainkan soalan ditanya. 👍

      Delete
  6. Saya tengok keadaan. Ada pos itu saya balas balik komen. Ada itu tidak. Apapun saya hargai orang komen blog saya dengan selalu melawat blog dengan komen banyak-banyak. Haha. Eh tengok sini pun saya masuk carta komen banyak.
    Apapun lain orang lain cara jadi kita hormati cara mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Setiap komen dari pembaca memang sangat dihargai.

      Saya sangat alu-alukan komen pembaca di setiap entri. Asalkan bukan spam sudah. 🙂

      Delete
  7. Wak kadang2 balas terutama kalau bentuk pertanyaan.
    Kadang2 tak sempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balas semampu boleh. Kalau tak sempat, takpe. Pembaca memahami tu.

      Delete
  8. Kadang2 CCL ada juga jadi silent reader, tapi more to comment mana2 blog yang CCL singgah . Panjan or pendek ayat tu CCL tetap komen .

    CCL pun kadang ada juga reply komen2 , kadang kalau tak sempat nak balas satu persatu, CCL cuma baca je dan tekan approve .apa2 pun CCL tetap hargai rakan2 yg selalu singgah di blog CCL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Kadang tak sempat sebab banyak blog yang selalu singgah.

      Saya jadi silent reader kes tak tahu nak komen apa dalam entri. 😅

      Delete
  9. Sama la kita. Macam kita cerita, orang respond. Jadi, kita balas la balik. Walaupun sibuk, lambat reply pun, tapi akan cuba usaha balas komen pembaca. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Tetap akan curi masa untuk balas komen. Nampak meriah dan bernyawa blog macam tu. 👍

      Delete
  10. Sy suka blogwalking blog kwn2 blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Itu pun satu usaha gigih. 🙂

      Delete
  11. dulu pun tak suka komen kat blog orang hahaha tapi bila dah komen baru best sebab orang pun start komen kat entry kita semula :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang macam tu jugak. Bukan je owner reply dalam entri dia, tapi komen jugak dalam entri kita. 👍

      Delete
  12. Hahah betul, k ret pun suka reply komen tapi kadang2 tak sempat nk reply satu-satu klu komen masuk bertalu2 hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Macam-macam pendapat yang diberi pembaca. Tu seronok nak reply.

      Delete
  13. bab nak reply komen kadang tu kekangan masa. Bila dah lama terus jadi lupa. kalau ada yang saya tak reply mintak maaf ye. Mana lah tahu kot kot terselit yang tak jawab. risau juga. Seronok berbalas komen tapi kadang tu ada je dah persoalan yang dah diterangkan dalam entri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Kadang memang tak sempat atau tak cukup masa nak tengok satu-satu.

      Betul, berbalas komen memang menarik.

      Delete
  14. semua diatas adalah tepat..kak shida juga suka reply tapi amik masa skit hahaa..xleh nk ngadap reply jer..kang smeua terbabas, ada masa kak shida reply..satu satu..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Ada masa, kita tetap akan balas. 👍

      Delete

  15. sy pun kdg camtu jugak baca aje tp x komen sbb kalau guna hp kekadang xleh nak komen... penat taip panjang pastu bila nk post dia jd error.. geram jugak

    bila blogger lain komen, saya pun berusaha jugak utk membalas komen walaupun kdg² lambat.. bkn blog femes sgt pun sampai beratus² sampai x terlayan.. hehehe... tp ada jugak yg x terbalas sbb kelupaan..

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.