What's up?

  • run

    HOME

Kanser prostat bukan boleh diambil mudah!


Tadi aku ada terbaca artikel dalam portal pasal pemain bola sepak Malaysia yang kena kanser testis aka prostat. Terkejut jugak. Ye lah. Tak sangka orang yang aktif bersukan pun boleh hidap kanser.


Katanya dah setel buat pembedahan dan sekarang dalam proses pemulihan. Alhamdulillah. Semoga beliau sembuh dan dapat terus bersukan seperti biasa.

Siapa yang berisiko?

Kanser prostat ni memang menjengah lelaki tak kira lah aktif bersukan ke, muda ke, transgender ke. Asalkan lelaki dan masih ada telur, kebarangkalian nak kena tu tetap ada. Aku pun buat lah beberapa pembacaan pasal kanser prostat ni. Kat Malaysia ni, selain pelakon Aziz Singah, abang kepada Ajai pun meninggal dunia disebabkan kanser prostat.



Berdasarkan Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan sepanjang tahun 2012 - 2016, kanser prostat ni merupakan kanser ketiga tertinggi yang dihidapi oleh kaum lelaki.


Pemakanan

Melalui pembacaan aku, ada beberapa amalan kesihatan yang boleh dilakukan untuk cegah kanser prostat ni. Salah satunya dari segi pemakanan. Antara makanan yang elok ialah buah tomato, anggur, buah beri biru dan buah delima. Semua buah ni bertindak sebagai antioksidan yang diperlukan untuk membunuh atau menghalang perkembangan sel-sel kanser.


Selain tu, ikan jugak bagus untuk dimakan lebih-lebih lagi ikan yang berlemak seperti salmon dan tuna. Dalam ikan-ikan ni, ada asid lemak omega-3 yang dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser prostat. Tak rasa aku mampu pulak nak beli salmon atau tuna. Kalau tuna dalam tin yang buat sandwic tu mampu lah kot.

Tuna tin ni memang best.

Ada jugak aku baca yang produk tenusu macam susu, keju, yogurt dsb tak elok diambil setiap hari. Sebab berisiko untuk dapat kanser prostat. Tapi kajian ni macam tak valid sangat dan risiko tu dikatakan kecil.

Bersenam

Setel pasal makanan. Selain pemakanan, bersenam jugak mampu kurangkan risiko kanser prostat. Kalau ikutkan, senaman ni memang elok untuk cegah macam-macam penyakit. Kajian ada menunjukkan, mereka yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) 30 atau lebih tinggi, berisiko untuk mempunyai kanser prostat.


Pemeriksaan kesihatan

Setahu aku, tak ramai yang volunteer nak pergi buat pemeriksaan kesihatan atau medical screening secara bekala termasuk lah aku. Kalau ikutkan, kena pergi check setahun sekali atau dua kali dalam 3 tahun.


Antara part yang kita boleh periksa adalah:
  • Tekanan darah tinggi
  • Obesiti
  • Kencing manis
  • Kanser kolon
  • Hepatitis B
  • Kanser hati
  • Tuberkulosis
  • Penyakit bawaan seks (HIV, sifilis dsb)
  • Kanser serviks
  • Kanser payudara
  • Osteoporosis
  • Kanser prostat

Sekarang hospital tengah kalut uruskan pesakit COVID-19. Harap lepas dah cool down sikit nanti, dapat lah peluang nak pergi buat pemeriksaan kesihatan. Risau jugak zaman banyak penyakit ni. Bila dah kena, payah pulak nak ubatkan. Baik cegah sebelum terlambat.

12 comment (s):

  1. saya pun baca berita ni tadi kt fb.. x sangka juagak kan ada jugak kanser ni.. pastu bila baca komen ada mak tu share anaknya br 2 tahun dh kena kanser ni.. dh buang 1 pun.. mmg membuka mata jugaklah post tentang atlet ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang bahaya. Kena buat pemeriksaan awal sebelum terlambat.

      Delete
  2. Ya, ada terbaca juga mengenai Brendan Gan yang kena penyakit ni. Semoga dia cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. Semoga beliau cepat sembuh. Syukur dapat kenalpasti awal dan boleh buat operation.

    ReplyDelete
  4. terkejut dgr brendan gan kena kanser ni pd hal dia seorg yg aktif...yg jenis x aktif pula mcm mn agaknya kn?

    ReplyDelete
  5. jaga kesihayan ya, yang muda belia elok jaga kesihatan..macam kami ni inshaallah moga terus sihat dengan izin Allah hi taala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. InsyaAllah semoga sihat selalu.

      Delete
  6. Kakak saya kerja hospital, dia cakap ramai lelaki kena kanser prostat ni, memang kena berjaga jaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Risau. Dulu kanser payudara, sekarang kanser prostat pulak.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.