Entri ke-100 pada tahun 2021.


Sedar tak sedar, untuk tahun ni, dah 99 entri yang berjaya aku post. Tak sangka pulak aku serajin ni. Tahun lepas, nak buat entri seminggu sekali pun payah. Dalam entri ni, aku nak recap apa yang berlaku kat sekeliling aku. Bukan apa, kadang terlupa apa yang penting dan perlu ingat.


COVID-19 dan PKP



Antara isu yang masih berlarutan sampai sekarang. COVID-19 mula tersebar dari China pada tahun 2019 dan terus melebarkan sayapnya ke serata pelusuk dunia dalam tahun 2020. Sampai sekarang, masih lagi bebas berterbangan. Beberapa bulan lepas tu, vaksin pertama untuk cegah wabak ni dicipta. Seterunsya muncul lah beberapa golongan anti vaksin kat Malaysia. Bab ni malas nak kupas sebab kita yang pro vaksin ni memang takkan menang kalau berdebat dengan diorang.

Kes sampai sekarang makin bertambah. Makin teruk dan takde tanda-tanda nak surut. Dulu aku ingat lagi masa awal-awal virus ni datang kat Malaysia. Negara kita antara negara terbaik yang handle pasal penyebaran virus ni. Sampaikan Menteri Kesihatan kita dapat pengiktirafan atas usaha yang dilakukan. Tapi sekarang, tatkala negara lain dah mula bebas dari virus ni, negara kita pulak antara yang paling banyak kes harian. Faham. Mungkin sebab stok vaksin yang tak mencukupi. Tapi apa yang aku tengok, bukan vaksin yang menyebabkan kes tinggi, tapi kelonggaran yang kerajaan bagi kepada rakyat dan sikap segelintir rakyat yang keras kepala tak nak ikut SOP dengan betul. Ingat, vaksin terbaik bagi COVID-19 ni adalah sikap kita sendiri.

Bantuan kerajaan



Setakat ni memang banyak bantuan yang kerajaan bagi untuk mereka yang terjejas. Golongan yang terjejas memang gembira bila dapat walaupun belum tentu cukup untuk tampung makan minum, hutang sewa dsb. Kes ramai yang tak dapat kerja macam biasa. Bagi yang tak layak dapat bantuan, ada yang merungut kata tak adil. Mungkin tak adil bagi mereka, tapi bagi aku, kalau kita tak terjejas teruk, kenapa nak bantuan? Mungkin bukan rezeki kita untuk terima bantuan tu dan mungkin kat luar sana, ada yang betul-betul terdesak nak dapatkan bantuan.

Hari raya dalam PKP



Dah dua kali kita beraya dalam suasana PKP. Masa PKP 1.0, boleh ziarah jiran tapi dengan kuantiti yang ditetapkan. Tujuannya memang nak bendung penyebaran virus ni. Bila masuk tahun ke-2, kita masih lagi beraya dalam PKP. Kali ni PKP 2.0 pulak. Ramai yang merungut tak dapat balik kampung. Dan ramai yang jadi ba** jalanan ikut jalan tikus nak rentas negeri.

Kerajaan dah maklumkan tak boleh rentas, diorang pergi rentas jugak. Kalau mak ayah kat kampung kena virus yang diorang import dari bandar tu, siapa yang salah? Kerajaan? Sebab kerajaan tak bendung betul-betul? Ambil cermin dan tilik muka sendiri. Even kakak aku kat bandar pun dah cukup 2 kali tak dapat beraya kat kampung. Bukan tak nak balik, tapi memang tak dibenarkan balik. SOP tetap SOP. Tak tahu nak cakap apa. Kitorang memang strict sangat dalam ikut SOP ni. Even nak keluar rumah pergi buang sampah pun memang akan pakai mask, walaupun waktu malam atau takde orang ramai.

Ikan tak nak hidup



Tahun lepas aku ada bela ikan guppy. Entah kenapa teringin sangat nak bela ikan kecik ni. Mungkin sebab comel kot. Dulu masa kecik, aku ada bela ikan laga. Memang beranak-pinak. Tapi terpaksa lepaskan kes lama-lama, bila urusan harian makin sibuk, jadi malas pulak nak mantain jaga.

Aku pun pergi lah beli ikan. Banyak ikan lawa. Harga memang mampu milik. Tapi sadis, semua ikan tu mati. Sampai sekarang aku tak faham. Aku guna akuarium kecik sangat? Atau rumah aku ni panas sangat? Sebab memang waktu aku bela ikan, waktu tu musim panas. Mungkin sebab terperuk dalam bilik, ikan-ikan tu tak dapat adept dengan suhu sekeliling. Aku dah cuba macam-macam cara, tukar air, letak daun pokok ketapang, letak garam biru sebab nak kurangkan klorin dsb. Tetap tak jadi. Last-last semua mati. Sedih sebab tak sampai sebulan pun aku bela. Niat di hati nak beli akuarium besar, tapi risau bukan sebab saiz akuarium ikan tu mati. Macam dah give up je nak bela ikan guppy lepas ni.

Israel KOYAK



Termalogi ni mula digunakan sebagai solidariti untuk membantah keras tindakan Israel tehadap Palestin. Antara inisiatif rakyat negara kita untuk kutuk apa yang Israel buat kat penduduk Palestin. Kejam dan tak berperikemanusiaan.

Dari sini, mula lah terhasil meme dan poster berkaitan koyak. Kita tak mampu nak bantah direct sebab Malaysia memang tak nak ada hubungan diplomatik dengan Israel. So, dengan cara ni, kita mampu tolong Palestin dari segi lain. Let's the whole world wide know.

Permulaan PdPR secara serius



Memandangkan sekolah dan institusi pendidkan lain terpaksa tutup disebabkan COVID-19, PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) mula dijalankan secara serius. Online learning jugak mula digunakan secara menyeluruh untuk elak penyebaran virus bila sekolah ditutup.

Cikgu-cikgu pun banyak ajar kelas diorang secara kreatif. Siap ada bawak pusing satu rumah nak tunjuk video pokok dsb. Ada jugak cikgu yang terpaksa keluar hantar kerja bercetak kat student bila student tu tak mampu nak keluar rumah. Ramai yang cakap kerja cikgu makin senang lah waktu PKP ni. Duduk rumah je. Bagi aku, PdPR ni sebenarnya makin merumitkan keadaan. Beban cikgu makin bertambah. Memang, cikgu tak perlu lagi kelam-kabut gosok baju dsb nak ke sekolah, tapi pengajaran yang cikgu buat tu akan jadi rumit.

Mungkin ada cikgu yang dah biasa mengajar online atau mudah nak mengajar cara macam ni, tapi murid belum tentu mampu biasakan diri. Setahu aku yang biasa ada kelas online, output yang aku dapat daripada pengajaran lecturer aku tu tak 100% masuk dalam otak. Terpaksa study semula lepas habis kelas. Kalau murid sekolah rendah, agak-agak macam mana? Lagi-lagi yang baru masuk sekolah tahun ni. Memang kesian.

Shopee, Shopee dan Shopee



Tahun lepas viral pasal Mr. Hu ni. Tiap kali order barang dari China, nama Mr. Hu akan terpampang kat bahagian 'Pengirim'. Siapa dia?


Tapi sekarang, nama Mr. Hu ni dah takde. Bila aku order barang, nama lain yang ada kat situ. Mungkin nama ni memang nama seller tu atau staf warehouse kat sana dah bertambah?


Selain tu, isu hari tu pasal Shopee dah tak bagi buyer pilih kurier masa nak check out pun trending. Ramai yang tak setuju termasuk aku. Kita pilih kurier sebab ada kurier yang bagus, ada yang tak. Sekarang Shopee dah buang option tu. So, dalam paksa rela, guna lah kurier yang ditetapkan Shopee.

Konklusinya, ni lah antara peristiwa penting yang aku nak recap. Sebenarnya banyak lagi, tapi rasa cukup lah setakat ni. Nanti terlebih panjang pulak. Harapnya segala isu atau masalah yang masih lagi berlaku, dapat diselesaikan secepat mungkin.

Post a Comment

20 Comments

  1. Wahhh... tahniah 👏👏👏 produktif kan 2021 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Terasa banyak masa pulak tahun ni. 😅

      Delete
  2. Tahniah... Keep it up!! 👏👏

    ReplyDelete
  3. Semoga banyak manfaat yang dikongsikan

    ReplyDelete
  4. Semoga lepas lepas ni makin terus bersemangat untuk blogging! :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Teruskan bersemangat.

    ReplyDelete
  6. akuarium letak kat luar lagi cepat berlumut...sebab kena matahari..betul la tu sesuai indoor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tinggal kenangan dah pun akuarium ni. 😌

      Delete
  7. Waa.. banyaknya entri.. Saya tak bilang berapa entri blog saya bagi tahun ni.

    ReplyDelete
  8. waaaa rindu la dekat Mr hu nanti hehehe

    ReplyDelete
  9. Pinjam semangat hendak tulis banyak pos.
    Hehe sabar banyak-banyak.

    ReplyDelete
  10. Tak perasan Mr Hu. Sebab tak beli barang dari china, sejak covid ada. Bila beli barang di shopee, dan search, selalu pilih local seller atau west malaysia saja.
    Tahniah ye, sebab rajin update blog, sampai 100 post. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr. Hu entah ke mana perginya.

      Harapnya akan mantain rajin sampai bila-bila. 🙂

      Delete