What's up?

  • run

    HOME

Masak nasi lemak pukul 2 pagi. Nasib baik bahan ada.


Semalam. Tak sempat nak upload. Punya lah kempunan nak makan nasi lemak. Nak cari kat kedai, memang tak logik lah pukul 2 pagi. Siapa yang nak jual. Kak Limah?

Tak tenang pulak bila tak dapat makan nasi lemak. Aku pun masuk dapur, buat sendiri. Semua bahan dah ada. Santan aku guna yang serbuk. Daun pandan takde. Tak kuasa nak keluar belakang rumah potong daun pandan. Aku guna esen pandan. Sama je rasa.

Harapnya tak tersebar lah bau semerbak pandan sekeliling rumah. Kang pelik pulak jiran, tertanya-tanya siapa yang gigih betul masak nasi lemak pagi-pagi buta.

Sambal tu pulak aku guna stok lada yang dah dikisar tersimpan dalam fridge. Aku tambah dua sudu sambal bilis yang aku beli dari Encik Fairus hari tu. Dah tinggal separuh.

Aku suka telur rebus. Ada yang lebih suka telur goreng. Tak kisah lah. Asalkan sambal tu menjadi. Pernah makan kat kedai dulu-dulu. Nasi tak macam nasi lemak (santannya tak rasa), sambal pulak pesen sambal masak merah. Hilang identiti nasi lemak. Walhal nasi lemak lah paling senang nak masak. Kena cara, memang laku keras.

Yang penting, perut aku kenyang malam tadi. Syukur. Puas hati dapat masak ikut cita rasa sendiri. Mungkin lain negeri, lain pesen nasi lemaknya. Bak kata pepatah, lain padang lain belalang.

20 comment (s):

  1. Nasik lemak basic dh mmg mcm tu... biasalah kalau dh teringin tu mmg rs nk skrg jugak kan? kalau sy suka telor mata... kalau yg kuning tu cair lagilahhh marveles.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pandai buat telur kuning cair. Last-last semua 100% masak. πŸ˜…

      Delete
  2. Tu diaaa..gigih betul masak nasi lemak pukul2 pagi. Selagi tak dapat tak senang naak tidur pun. hihi..sedap makan nasi lemak panas panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Perut yang mintak. Terpaksa gagahkan diri masak jugak. 🀣

      Delete
  3. mak oiii...pukul 2am tu...kalau brjiran ni mau ketuk pintu dapur nak join...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jiran betul takpe. Risau kalau bukak pintu, takde orang. πŸ˜₯

      Delete
  4. Anak sape la ni, pandai masak nasi lemak pukul 2 pagi. Nampak sedap kejadiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelaparan sebab dari pagi tak sempat makan berat. Banyak minum air. πŸ˜…

      Delete
  5. Kalau kak limah jual pun tak berani plak nak gi beli. Hehe. Wah.. Gigih pukul 2 pagi masak nasi lemak. Selalu lapar orang masak megi je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang tak berani pulak nanti nak pergi beli.

      Tak terfikir nak buat megi waktu tu. πŸ˜‚

      Delete
  6. Selalu time2 ginilah tekak teringin nak makan macam2.Akak pukul 2 tadi masak nasi goreng dagingπŸ˜‚. Teringin punya pasal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Bila dah rajin memang tak fikir apa dah.

      Delete
  7. Waaa.. Sambal bilis saya masih lagi berjasa.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Memang pedas dan sedap. πŸ‘

      Delete
  8. wahhh dan lagi tu����������

    ReplyDelete
  9. Tudiaaa, rajin gila pukul 2 pagi buat nasi lemakk hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah rajin datang. Kalau malas, nak masak megi pun tak daya. πŸ˜„

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.