What's up?

  • run

    HOME

Terbogel recent posts widget blog aku. Dah kenapa?


Petang tadi aku bukak blog nak tengok update terkini. Tapi bila aku klik kat sidebar widget (NEW) tu, tiba-tiba background hilang. Mana perginya?

Aku pun cari lah widget lain, plan nak ganti widget yang terbogel tu. Aku jumpa widget jenis baru kat satu portal ni. Tapi bila tengok code tu, lebih kurang je dengan widget lama.


Misi aku jadi detektif pun bermula lagi. Buat trial and error. Last-last jumpa jugak punca widget tu bogel. Ada CSS code yang aku kena buang. Pulak dah.

Kod asal:
ul.recent-posts-container li {padding-left: 5px; padding-right: 5px; margin-top: 10px; margin-bottom: -10px; list-style-type: none; font-size: px; float: left; width: 100%}

Kod baru:
ul.recent-posts-container li {padding-left: 5px; padding-right: 5px; margin-top: 10px; margin-bottom: -10px; list-style-type: none; font-size: px; width: 100%}

Aku buang CSS float property tu iaitu float: left;. Benda alah ni yang jadi culprit rupanya. Aku tak tahu masalah ni datang dari code widget tu atau dari Blogger sendiri. Tapi aku suspek Blogger tengah buat something kat back end. Mungkin sekarang diorang gigih nak improve environment Blogger ni.

Nasib baik dah elok balik.

Lagi satu kalau perasan, masa bukak page blog aku, header tu ambil masa untuk muncul. Padahal sebelum ni elok je. Aku takde kacau pun HTML atau CSS part header tu. Aduhai. Tak tenang jiwa dibuatnya.

24 comment (s):

  1. assalammualaikum. singgh sini =) apa khabar

    ReplyDelete
  2. Tidak perasan sebab buka daripada hp.

    ReplyDelete
  3. Blog skrg pun nk add widget pun susah

    ReplyDelete
  4. aha x perasan plak tadi buka background tu hilang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah tiba-tiba boleh hilang pulak. 😌

      Delete
  5. Hahaha tak tenang jiwa ya
    Saya pun still tak boleh nak edit html nya, pishang menunggu bila la nak habis loading :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok esok esok dah jadi ke tak. πŸ€”

      Delete
  6. Huh.. bab-bab teknikal pasal blog ni janganlah terjadi pada saya. Memang tak tahu nak buat macam mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe ramai bloggers yang boleh tolong nanti.

      Delete
  7. Terbogel2 ni dah biasa dah dalam dunia blog🀣Tak mintak baju dia mintak spenda baru.Letih nak layan kadang2 tu.

    ReplyDelete
  8. Akak kalu terkurang sana sini, takpe lagi. Asalkan pembaca masih dapat baca dengan elok blog kita, ok dah. Soal kosmetik, rasanya, pembaca tak kisah kot, Bola Katok. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Lagi satu, harapnya AdSense dalam entri blog saya ni tak mengganggu lah pembaca nak baca nanti.

      Delete
  9. Blog kalau kita detect problem sikit2 memang tak keruan laaa .

    ReplyDelete
  10. semuanya ok pd pandangan mata abam kie... cuma abe kie rasa widget blog list tu x seharusnya floating mcm tu sbb ia mengganggu pembacaan apabila kita scroll down blog ini. Sori ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut skrin laptop saya ok je. Floating widget tu elok kat tepi. Tak perasan kalau skrin pembaca macam mana.

      Takpe next time saya try fikir macam mana nak adjust. Terima kasih atas info. πŸ‘

      Delete
  11. Bila ada yang tak kena tak sedap mata memandang tak tenang dibuatnya selagi tak settle. Mujurlah tahu pasal pasal code ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Gigih nak kena selesaikan, baru tenang. 😌

      Delete
  12. Rasanya kak shida dah boleh pencen bab bg tutorial..udah tak larat,tq BK teruskan legasi hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu suka singgah blog orang sebab nak refer tutorial. Sekarang singgah sebab nak tahu info penting.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.