Percubaan memasak kari Jepun campak-campak.


Awal tahun ni aku ada beli kari Jepun. Tapi tersimpan rapi dalam fridge. Tak sempat nak masak. Terliur bila tengok show Jepun yang masak kari. Tertanya-tanya macam mana rasa kari Jepun. Memang lah tak halal sebab diorang ada letak daging ba**. Tapi tekstur kari tu memang nampak lain. Macam ada kanji yang buatkan kari jadi likat.


Aku masak simple je sebab tak sempat nak beli bahan. Lagipun aku bukannya suka makan sayur sekali dengan nasi. So, memang taruk je apa yang ada kat dapur. Kari Jepun ni ada banyak brand. Aku beli brand S&B yang diimport directly dari Jepun.

Pasal halal tu, setahu aku, kalau barang luar negara yang takde logo halal, kena check senarai ingredient dulu. Kalau takde bahan yang dibuat daripada benda haram, boleh je makan. Sebab tak semestinya produk yang takde logo halal tu haram dimakan.

Bahan-bahan

  • Seketul kiub kari Jepun
  • Isi ayam (dipotong dadu)
  • Sebiji ubi kentang (dipotong dadu)
  • Sebiji bawang merah (dipotong dadu)
  • Secawan air
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah

  1. Tumis bawang merah.
  2. Bila naik bau, masukkan ubi kentang dan tumis dalam 5 minit bagi lembut sikit ubi tu.
  3. Masukkan isi ayam dan sambung tumis.
  4. Bila ayam dah separuh masak, tambah air masak. Biarkan menggelegak dalam 5 minit.
  5. Matikan api dan masukkan kiub kari Jepun.
  6. Kacau sampai kiub tu betul-betul larut.
  7. Tekstur kari akan jadi likat dan boleh dihidang.


Kat kotak tulis extra hot tapi aku makan memang tak pedas pun. Rasa kari ni tak sama dengan kari kita orang Malaysia. Rasa kari Jepun ni lebih ringan dan sesuai dimakan bila-bila masa. Waktu sarapan pun boleh makan. Maksud aku, kari Jepun ini tak tajam macam kari kita tu. Kalau lepas makan kari Malaysia dan sendawa, akan rasa menyengat rasa kari kat dalam kerongkong. Tapi lain dengan kari Jepun ni. Bila sendawa, tak rasa menyengat pun.

Aku pernah tengok orang Jepun makan sampai menambah-nambah. Sebab memang best dan kalau dah habis sepinggan, masih belum rasa kenyang. Memang nak terus makan tanpa henti. Bahaya ni kalau hari-hari makan kari Jepun. Boleh jadi penternak lemak berjaya nanti.

Post a Comment

18 Comments

  1. hehhee x puas makan kari jepun sebab maybe dah terbiasa nak yg pedas2 kot... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak puas sekali makan. Kalau pandai alter, mungkin jadi lagi best kot.

      Delete
  2. baru sahaja tahu Jepun ada kari..kari Jepun

    biasa lah orang yang bukan tahu sangat tentang makanan Jepun

    ReplyDelete
  3. Nampak dari packaging macam berapi pedasnya, sekali tak pedas ya. Tapi nampakkk likat kuahnyaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang serius tak pedas. Mungkin level pedas orang sana tak sama dengan Malaysia.

      Pernah ada lecturer foreigner, dia makan sambal nasi lemak pun menggelupur cari air. 😂

      Delete
  4. Waa.. Jepun pun pandai masak kari..

    ReplyDelete
  5. Hehe.. nampak sedap, Bola Katok masak. Ok la tu, layan kari jepun sekali-sekala. Akak pula suka tengok orang korea makan, slurp slurp bunyi. Nampak berselera sungguh, bila dia orang makan mee. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Orang Korea memang makan macam tu. Diorang kata tu ekspresi nak bagitau yang makanan tu sedap.

      Delete
  6. pernah jugak tengok kt menu di sushi king tp x berani nk try takut x masuk.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena try dulu tu. Bagi saya, kari Jepun ni mudah kena dengan selera.

      Delete
  7. Wahh kari jepun pun ada ye. Okaylah rasa kari yang sedap dan sendawa pun taklah berbau gitu

    ReplyDelete