What's up?

  • run

    HOME

Pengalaman cucuk vaksin secara walk-in. Baik atau buruk?


Ini bukan kabel ya. Jangan salah sangka. Masa hari kejadian, aku dapat panggilan mintak mak ayah aku pergi ke PPV. Katanya kena bagi nama dulu kat sana. Sebab tak silap kawasan kampung ni ada penghulu yang ambil nama. Hari tu pun siap ada borang yang kena isi dalam program under Pemuda UMNO. Kesnya kawasan ni belum ada yang cucuk vaksin dan ada jugak yang sengaja pilih tak nak cucuk.

Bila dah sampai kat PPV tu, ingatkan kena bagi nama je, tapi kena cucuk terus! Masa tengah ralit isi borang, akak JPAM yang tegur, kalau isi borang tu, kena cucuk terus. 😥

Kenapa walk-in?

Walk-in ni memang berbeza dengan cucuk berdasarkan temu janji. So far takde barcode di stesen untuk scan. Semua manual dari awal sampai akhir proses.

Dah kenapa walk-in? Sebabnya ada nama yang dipanggil tapi tak datang atas alasan tertentu. Kesannya banyak lebihan vaksin berdasarkan kuota hari tu. Untuk guna vaksin secara optimun, walk-in dialu-alukan. Mudahkan urusan frontliners.

Urusan mereka yang walk-in tu mudah ke?

Tidak semestinya. Memandangkan segala mak nenek dibuat secara manual, memang expect akan ada system delay. Macam tak kenal MySejahtera kan?

Dan memang betul. Lepas seminggu lebih, nama mak ayah aku dipanggil dalam SMS, web dan app MySejahtera untuk suntikan dos pertama. Sedangkan dos pertama dah ambil.

Kenapa boleh naik nama?

Sistem. Mungkin sebab proses masukkan data secara manual tu yang bermasalah. Atau mungkin sistem belum terima data lagi. Jadi, rekod cucuk dos pertama hari tu belum ada dalam app MySejahtera atau web. Bila bukak semula, tiba-tiba naik nama untuk dos pertama, walaupun dah setel cucuk hari tu.

Lepas tu, apa kena buat? Abaikan?

Tidak. Tak boleh abaikan sama sekali. Kena inform person-in-charge sama ada call hotline dalam web atau guna helpdesk app MySejahtera dulu.

Kalau abaikan? Apa kesan? Boleh beri kesan kepada sijil digital vaksinasi pada masa akan datang. Operator yang aku call pesan kena inform diorang pasal ni.

Cara nak inform (ada dua, kena buat semua)

Langkah A: App MySejahtera
  1. Bukak app MySejahtera > Vaksinasi COVID-19 > Vaksin untuk (nama).
  2. Klik bahagian Klik di sini untuk mengesahkan temu janji anda.
  3. Tick Tidak/No.
  4. Pilih Mempunyai perkara lain yang perlu dilakukan/Having other things to do.
  5. Klik Hantar.




Lepas dah setel buat dalam app MySejahtera, WAJIB isi borang tunjuk sebab kenapa cancel appointment tu.

Langkah B: Web MOSTI
  1. Bukak web https://citf.mosti.gov.my/eform/.
  2. Pilih Masalah Teknikal pada ruangan Tajuk/Title.
  3. Isi maklumat selanjutnya, pastikan emel betul.
  4. Tekan Hantar/Send.



Kemudian tunggu maklum balas dari mereka. Sekurang-kurangnya kita dah inform, ada hitam putih.

Masa aku call nombor hotline (1800-888-828), operator tu sendiri cakap yang cucuk berdasarkan walk-in ni memang akan ada problem. Kita boleh pilih nak cucuk walk-in ke tak, tapi masalah berkaitan sistem nanti, kita kena handle sendiri. Petugas kat PPV tak campur.

Bagi aku, memang berisiko jugak walk-in ni. Kalau kita yang muda-mudi ni mungkin takde masalah sebab lebih alert dengan notifikasi dsb. Kalau golongan warga emas atau mak ayah kat kampung yang tak selalu mengadap phone, memang akan jadi masalah. Bila nama naik dan tak inform, akan bagi kesan nanti untuk dapatkan sijil digital.

Pergi cucuk secara walk-in tak salah. Yang salahnya mengelat tak nak pergi cucuk.

12 comment (s):

  1. Alhamdulillah dah settle..
    Yg mengelat tu yang salah.. Dah dpt tarikh tak nak pula..

    ReplyDelete
  2. Betul tu, yang mengelat tak nak pergi cucuk bila dah dipanggil tu salah. Ramai lagi yang nakkk cucuk vaksin, eh boleh pulak dia tak nakkkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pasal. Kalau kes urgent macam demam atau sakit, masuk akal jugak. Kalau mengelat, tu yang geram.

      Delete
  3. Macam banyak hal juga nak sync dengan apps my sejahtera. Better guna apps terus dari walk in. Tapi itulah kan, ada yang PPV call untuk walk in. Dah ada peluang kena pergi.Apapun Alhamdulillah dah dapat first dose vaksin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Harap lepas ni ada lah improvement dalam sistem walk-in ni.

      Delete
  4. Wah, boleh walk-in. Patutnya, dia la yang tolong buatkan. Sebab biasanya yang walk-in ni, orang yang bukan IT literate, macam orang tua, kan. Bagus Bola Katok share info tentang ni, semoga bermanfaat pada mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Yang pergi walk-in biasanya macam tu. Harap urusan mereka dipermudahkan. 👍

      Delete
  5. Wah... untunglah tu.. rezeki trs dpt x susah² cek mysejahtera setiap hari

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Semoga sihat-sihat sahaja selepas ini dan terhindar dari covid-19, insyaallah.

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.