Google Bookmarks akan ditamatkan pada 30 September 2021. Ini antara alternatif yang boleh guna.


Baru je nak merasa kembali guna bookmark dari Google ni. Last-last Google nak terminate pulak. Adoi. Dalam entri sebelum ni pun aku ada info pasal Google Bookmarks. Aku suka guna sebab dah ada akaun Google. Senang. Tak payah nak create akaun lain bagai.

App lain selain Google Bookmarks ni banyak je kat luar sana. Tapi tak best nak kena create akaun lain. Bila dah takde pilihan, terpaksa lah guna alternatif yang ada.

Alternatif Google Bookmarks

  1. Pocket
  2. Raindrop.io
  3. myMark.me
  4. booky.io
  5. GGather
  6. elink.io

1. Pocket



App dari Mozilla ni boleh digunakan sama ada kat browser, PC, laptop ataupun phone. Selain design yang lebih moden, ada banyak ciri menarik dan paling best, boleh baca artikel yang dah kita bookmark tu secara offline. Ada yang free, ada yang premium. Untuk sign up, boleh cipta akaun baru atau guna je akaun Google. Selain tu, Pocket ni ada fungsi Text-to-Speech (TTS) dalam mobile app. Maksudnya, untuk orang yang ada masalah membaca atau malas nak baca artikel, boleh guna fungsi ni. Akan ada suara yang tolong bacakan nanti.


Dark mode: Ya
Import/eksport bookmark: Ada
View: List, detail, grid
Tag artikel: Ada
Browser extension: Ada
Bookmarklet: Ada
Mobile app: iOS dan Android

*Bookmarklet - Shortcut untuk bookmark yang diletakkan pada bookmarks bar setiap browser.

Ciri lain:
  • Sorting bookmark - Boleh sort artikel berdasarkan tarikh.
  • Discover - Boleh view dan baca artikel terkini dari serata portal yang disediakan Pocket.
  • Collections - Artikel terbaik dari serata portal.
  • Videos - Senarai video yang kita bookmark boleh jugak view kat sini.

Versi pro: $4.99/bulan atau $44.99/tahun

2. Raindrop.io



Paling best, bukan je boleh bukak kat browser, tapi boleh jugak bukak kat desktop dan mobile app. Sama macam Pocket, ada yang free dan ada yang premium. Untuk sign up, ada banyak jenis akaun yang boleh digunakan macam Gmail, Apple ID, FB dan Twitter. UI kemas, setanding Pocket.


Dark mode: Ada
Import/eksport bookmark: Ada
View: List, cards, headlines, moodboard
Tag artikel: Ada
Browser extension: Ada
Bookmarklet: Ada
Mobile app: iOS dan Android

Ciri lain:
  • Sorting bookmark - Boleh sort artikel berdasarkan tarikh, nama, site atau relevance.
  • In-appp view - Boleh view artikel directly dalam app tu. Tak perlu bukak new tab atau new window.
  • Manual setting - Boleh add bookmark masuk dalam list secara manual (upload dari komputer).
  • Drag and drop - Boleh susun artikel dalam app dengan menggunakan fungsi drag and drop.
  • Trash - Bookmark yang kita delete akan muncul kat sini. Boleh kosongkan trash bin ni kalau nak buang selamanya bookmark tu.

Versi pro: $3.21/bulan atau $29.96/tahun

3. myMark.me



App ni bagi aku sangat interaktif. Mengingatkan aku zaman Windows Vista dulu-dulu. Dalam homepage myMark.me ni, ada banyak jenis widget yang boleh kita letak macam Notes, To-Do list dan Quote. Kita boleh customize sendiri layout homepage tu. Tapi fokusnya lebih kepada untuk susun link supaya jadi lebih teratur. Boleh katakan macam susunan ikon aplikasi dalam phone.


Dark mode: Tiada (boleh tukar background)
Import/eksport bookmark: Ada
View: Grid
Tag artikel: Ada
Browser extension: Ada
Bookmarklet: Ada
Mobile app: Tiada

Ciri lain:
  • Widget - Ada widget jam, cuaca dan RSS feed.
  • Notes - Boleh tulis nota dalam homepage ni.
  • Customize - Setiap widget, kita boleh ubah warna widget, warna font dan kelegapan (opacity).

Versi pro: $1.99/bulan atau $9.99/tahun

4. booky.io



App bookmark paling simple macam Google Bookmarks. Tak banyak ciri menarik kalau nak dibandingkan dengan app lain. Hanya ada versi browser.


Dark mode: Ada
Import/eksport bookmark: Ada
View: Sidebar dan tab-bar
Tag artikel: Tiada
Browser extension: Ada
Bookmarklet: Ada
Mobile app: Tiada

Ciri lain:
  • Drag and drop - Boleh susun artikel dalam app dengan menggunakan fungsi drag and drop.
  • Header - Boleh customize warna header mengikut pilihan hati.
  • Category - Boleh asingkan bookmark berdasarkan kategori macam berita semasa, hiburan atau teknologi.

Versi pro: Tiada (percuma sepanjang hayat)

5. GGather



Antara app bookmark yang clean dari segi UI. Simple dan tak berserabut. Fungsi bookmark yang basic ada pada app ni. Tapi app ni macam menggalakkan user untuk upgrade kepada versi pro. Sebab tak banyak features tambahan yang boleh guna dalam versi percuma ni.


Dark mode: Ada
Import/eksport bookmark: Ada
View: List, panels, panels/two columns, grid, grid/uniform, cards, cards/uniform, cards/small, cards/small/uniform
Tag artikel: Ada
Browser extension: Ada
Bookmarklet: Ada
Mobile app: Tiada

Ciri lain:
  • Favicon - Boleh enable untuk letak pada thumbnail artikel.
  • Search - Ada kotak search untuk mudahkan carian artikel yang kita bookmark.

Versi pro: $4/bulan atau $36/tahun

6. elink.io



App ni pun antara app yang kemas dari segi UI. Ada fungsi bookmark yang diperlukan. Tapi fungsi app ni terlalu luas. Tak fokus semata-mata pada bookmark. Kalau nak guna fungsi lain, kena upgrade versi pro. Even nak tambah RSS feed pun kena upgrade jugak.


Dark mode: Tiada
Import/eksport bookmark: Tiada
View: Grid, cards, list
Tag artikel: Ada
Browser extension: Ada
Bookmarklet: Tiada
Mobile app: Tiada

Ciri lain:
  • Dashboard- Untuk memudahkan kolaborasi antara kumpulan.
  • RSS feed - Boleh view artikel terkini dari portal pilihan.
  • Drag and drop - Boleh susun artikel dalam app dengan menggunakan fungsi drag and drop.

Versi pro: $12/bulan atau $36/tahun

Kesimpulan


Lepas guna keenam-enam aplikasi ni, bagi aku, aku selesa guna Raindrop.io sebagai app bookmark. UI app ni simple, kemas dan ada semua fungsi yang aku perlukan. Pocket not bad, semua features pun ada, tapi aku lebih suka app Raindrop.io berbanding Pocket.



Lagipun app ni nampak lebih ringan dari app lain even ada banyak ciri tambahan. Walaupun nanti Google akan buang app bookmark syarikat diorang, alternatif lain masih ada.

Post a Comment

14 Comments

  1. Alamak .. Google bookmarks dah tak ada lepas ni . CCL selalu juga guna bookmatks ni . Mujur BK share altenatif yg lain . Boleh cuba nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Boleh try alternatif yang ada. Setakat saya guna, boleh tahan cun fungsi tu.

      Delete
  2. awat nak shutdown....hope diorang ada buat something extraordinary as replacement.

    AO jenis lebih suka produk google sajo. dah try yang lain still prefer Google huhuhu...

    Pocket pernah guna, tapi balik-balik pi Google jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu tak pasti. Mungkin sebab tak ramai user yang guna app diorang ni. Atau mungkin diorang nak create app bookmark baru nanti.

      Kalau nak yang simple dan tak serabut dengan fungsi lain, boleh try booky.io sebab function tu boleh katakan sebijik macam Google punya.

      Delete
  3. Akak tak guna Google Bookmark app. Jadi, tak terasa akan hilangnya nanti. Sebab akak blogwalking guna laptop, tak pernah guna handphone. Handphone akak zaman tok kadok, kena minimakan app yang ada. Nanti hang. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna bookmark ni sebab kadang ter uninstall browser tanpa back up bookmark. Bila dah guna app ni, tak perlu risau dah. 😅

      Delete
  4. Tak pernah tahu pun.. Tahu-tahu nak ditamatkan.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Dulu saya tak pernah tahu. Bila dah tahu dan guna ni, tiba-tiba nak tamatkan pulak.

      Delete
  5. Alamakkk nak terminate ke.. aduhai susah la lepas nii

    ReplyDelete
  6. Alahaii nak shut down pulak. Dulu google +..huhu..Mujur gak ada backup lain. Thanks share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang betul. Idea tu dah ada. Cuma nak kena tambah baik je.

      Delete