Tahun 2021 merupakan tahun Itali ke? Tahniah!


Akhirnya, keputusan final EURO 2020 dah dapat. Tahniah Itali berjaya rampas kejuaraan selepas 4 dekad. Pagi tadi, Itali tewaskan England 3 - 2 dalam sepakan penalti. Bagi aku, bila match berlarutan sampai penalti, aku anggap match tu memang hebat.


Bulan Mei lepas, Itali pun juara dalam Eurovision. Eurovision atau ESC ni pertandingan nyanyian tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU). Kebanyakan peserta pun dari negara-negara Eropah.



Aku memang follow up Eurovision ni dari tahun 2012 lagi. Time tu kat Baku, Azerbaijan. Tahun ni dibuat kat Rotterdam, Belanda. Masa tengok final ESC 2021 tu, semua jangka yang Perancis atau Switzerland menang. Tapi tak sangka Itali pulak yang menang. Tiber.

Undian daripada juri dan penonton.

Tapi cukup lawak bila final EURO kali ni ada Itali dan England. Kenapa? Dalam ESC lepas, Itali menang bila dapat 524 points tapi England (UK) dapat 0 point! Adoi. Macam menganjing pun ada. Tahun ni memang tahun Itali. Semua dia nak bolot. Tahniah sekali lagi.

Post a Comment

8 Comments

  1. Tahniahh itali! Walaupun tak layan bola tapi ada baca jugakkk dekat twitter sikit sikit hehehe.

    ReplyDelete
  2. Saya antara salah seorang penyokong Itali...haha

    ReplyDelete
  3. Tahniah team Itali dan penyokong. Burung hantu berjaga masing masing pukul3 pagi sampai subuh. ke tak tidur lansung.

    ReplyDelete