What's up?

  • run

    HOME

Masak rendang ayam yang terpilu sempena Aidiladha.


Feel sambut raya haji memang tak sama dengan Aidilfitri. Kemeriahan tu berbeza mengikut negeri. Kalau belah-belah barat, diorang sambut hampir sama macam raya Aidilfitri. Dengan tukar langsir baru, biskut raya, juadah pun sama. Belah pantai timur pulak kebanyakannya fokus kat urusan korban lembu atau kambing. Pagi-pagi dah keluar rumah sebab nak tolong sama-sama melapah daging.

Raya dulu vs sekarang

Dah dua tahun kita semua beraya dalam suasana PKP. Feel raya tu 100% dah takde. Tapi tetap meraikan sebab hukumnya adalah sunat. Kalau famili aku, tiap kali raya haji, memang akan buat juadah simple. Biasanya rendang atau nasi dagang. Biskut raya memang takde. Makan pun antara famili je. Takde ziarah rumah orang. Kalau orang datang rumah pun biasanya diorang bagi daging lembu.

Gigih duk design guna Photoshop.


Dulu tiap kali raya haji, freezer akan penuh dengan daging. Ramai orang datang rumah bagi daging sampai kadang tu terpaksa tolak sebab tak muat nak simpan. Nanti tak pasal-pasal rosak daging. Nak terus masak, memang tak sempat.

Sekarang, boleh tengok berapa kerat yang datang agihkan daging lembu kat kampung. Anak-anak perantauan tak boleh balik. Tak dapat sama-sama nak merewang. Lagipun, sekarang dah ada SOP sambutan raya haji. Setiap negeri pun ada had tempat dan bilangan korban.


Juadah tipikal di pagi raya

Hari ni aku masak rendang ayam. Buat simple je. Guna bahan yang dah ada kat dapur. Nasib baik semua cukup. Rendang ni kalau dimakan sekali dengan nasi himpit, memang nikmat tak terkata. Boleh tambah dalam 2 -3 pinggan. Tu pun belum tentu kenyang lagi. Adoi. Nafsu setan betul.


Entah bila pandemik ni akan terhapus dari muka bumi. Adakah mungkin tahun depan pun kita bakal beraya dalam PKP? Mintak dijauhkan. Anak-anak dah rindu sangat nak balik kampung meraikan hari raya bersama mak ayah. Semoga pengorbanan yang kita buat dalam membendung penularan virus ni akan diberi ganjaran suatu hari nanti.

14 comment (s):

  1. selamat hari raya. semoga Allah memelihara kita semua daripada wabak ini.

    ReplyDelete
  2. raya haji tahun ni memang sunyi habis... akk yg duk serumah pun pukul 10 dh pi rumah mentua selang dua rumah. mati kutu kita tak tahu nk buat apa... sudahnya makan, makan dan makan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sunyi dari Aidilfitri. Kawasan kampung pun tak nampak orang buat korban.

      Delete
  3. Selamat hari raya Aidiladha.. maaf zahir dan batin.. semoga berbahagia di samping keluarga.

    ReplyDelete
  4. Betul tu, setiap tempat kemeriahannya berbeza. raya korban ni kalau kat kampung meriah dengan korban dan banyak juga dapat daging korban. Ada rezeki lebih memang tak muat peti ais. Samalah kita merendang. Selamat Hari Raya. Harap tahun depan raya kita lebih meriah dan bukan dalam PKP lagi. Aaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya. Sekarang pun dah dihadkan bilangan korban.

      Betul. Harapnya tahun depan virus ni nyah dari planet kita.

      Delete
  5. Selamat ari raya korban, Bola Katok. Nampak sedap, rendang ayam. Ayam yang terpilu? Hehe.. macam lirik lagu Ning Baizura. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya jugak. Kalau saya memang sedap selalu (angkat bakul 🤭).

      Lagu favourite saya tu. Teringat pulak Ning dengan arwah ayah dia. 😢

      Delete
  6. Nama rendang dia bukan main lagi hahaha.
    Tapi itulah, memang tak meriah dan raya sekarang ni, semuanya sebab covid tapi apa boleh buat kan :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama glamor kata orang. 😄

      Sekarang beli biskut raya pun makan sendiri je. Makin lama makin kurang meriah.

      Delete
  7. SALAM AIDILADHA BK ,
    NAMPAK SEDAP RENDANG TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidiladha jugak. Sedap lah jugak. 🤭

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.