What's up?

  • run

    HOME

Menu petang roti goreng celup tepung. Resepi mudah je.


Ada lebihan roti Gardenia yang aku beli hari tu. Nak expired dah pun tapi sayang kalau tak makan. Nak cicah air Milo macam tak best, nak sapu jem macam tak selera pulak sebab dah makan berat.

Tekak rasa macam nak makan jajan. Jadi aku buat lah roti celup tepung. Guna tepung Bestari je. Kejap je goreng dah siap.

Bahan-bahan
  • Roti hiris
  • Tepung Bestari hot and spicy
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah
  1. Potong setiap sekeping roti tu kepada 4 bahagian.
  2. Campur sedikit air masak dalam tepung Bestari. Biar jadi likat.
  3. Celup potongan roti tadi dalam tepung Bestari.
  4. Goreng sampai garing.
  5. Angkat dan sedia untuk dimakan.


Bunyi memang krup krap bila gigit. Rangup di luar, lembut di dalam. Pencicah aku guna sos cili dan keju. Makan sambil layan Olimpik. Cukup 4 keping roti memang kenyang sampai malam.

12 comment (s):

  1. Sedap guna tepung pedas Bistari. Saya sakan tengok Olimpik di dapur sambil boleh makan. Makan nasi, roti, buat kopi susu.

    ReplyDelete
  2. wah nampak menarik la . boleh cuba la resepi BK ni

    ReplyDelete
  3. Wahh good idea ni. Bolehlah cuba nanti. Roti ada, tepung bestari hot spicy pun ada. Terima kasih share :)

    ReplyDelete
  4. Simple, next time boleh try cara BK ni.

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.