What's up?

  • run

    HOME

Pengambilan khas guru sekolah secara one-off bermula 7 Julai 2021. Ramai yang masih keliru.

 Update: Mengikut portal SPP, terdapat lebih 46 subjek atau opsyen yang ditawarkan (13 Julai 2021)


Pada 20 Jun lepas, Menteri Pendidikan kita, Dr. Radzi Jidin ada buat pengumuman pasal pengambilan guru ni. Tak lama lepas tu, berduyun-duyun Homo sapiens yang duk share pasal ni dalam medsos, WhatsApp, Telegram dsb. Sanak saudara sibuk share jugak kat ahli keluarga suruh mohon bagi yang belum dapat kerja.

Katanya apply je. Mana tahu dapat. Kat sini lah diorang tak faham. Meh nak clear kan sikit minda tu. Pengambilan khas ni julung-julung kali dibuat. Mungkin lepas ni dah takde. Sekali ni je. Seramai lebih kurang 18k guru diperlukan.

Motif pengambilan khas

Tujuan pengambilan khas guru ni ada dua iaitu:
  1. Kekurangan guru di sekolah (rendah dan menengah).
  2. Untuk kurangkan bilangan graduan menganggur sama ada mempunyai iktisas atau tak.

Iktisas tu pebenda?

Iktisas tu sijil perguruan. Student yang ambil kos perguruan macam graduan Institut Pendidikan Guru (IPG), UPSI atau mereka yang belajar bidang perguruan kat mana-mana uni akan dapat iktisas ni. Student kos lain macam normal kejuruteraan atau sains sosial memang takde iktisas.

Semua lepasan ijazah boleh mohon ke?

Ya. Memang. Boleh. Semua graduan menganggur atau dah kerja boleh mohon. Tak kira lah graduan kulinari atau psikologi ke. Semua boleh mohon sama ada graduan dari uni kerajaan, swasta atau luar negara. Tapi ada syarat.

Syarat mohon pengambilan khas guru

Seperti yang dimaklumkan. Ada beberapa syarat yang diguna pakai dalam pengambilan khas ni. Bukan main sebat je.
  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang ada iktisas.
  2. Pengambilan adalah bergantung kepada subjek yang diperlukan sahaja.

Macam aku cakap tadi, semua boleh mohon. Tapi pemohon yang ada iktisas diberi keutamaan. Kalau pemohon yang nak apply tu ada iktisas, diorang dah ambil Ujian UKCG (atau MEdSI) sebelum masuk belajar lagi. Kalau yang takde iktisas, bila dah dapat pergi ke level seterusnya, diorang ni akan ambil ujian khas ni jugak nanti.

UKCG: Ujian Kelayakan Calon Guru
MEdSI: Malaysian Educators Selection Inventory

Subjek apa yang perlukan guru?

Sekolah rendah:
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi

Sekolah menengah:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Reka Bentuk & Teknologi

Kesimpulan

Maksudnya kat sini, semua graduan boleh mohon. Tapi bergantung jugak kepada kos yang pemohon belajar masa kat IPT dulu. Aku bagi contoh, ada pemohon yang belajar kos Biologi atau Psikologi. Based on subjek yang diperlukan, agak-agak dia dapat tak? Ataupun pemohon lepasan IPG Pendidikan Jasmani apply pengambilan khas ni. Agak-agak dia pun dapat tak? Kalau dapat, memang rezeki dia. Tapi atas kertas, memang tak nampak jalan dah. Tipis sangat peluang.

Nak apply boleh. Tak salah. Tak haram. Tak berdosa pun. Cuma kalau belajar kos lain selain subjek yang ditawarkan, jangan menangis tepi bucu katil bila permohonan tak lepas. Jangan pertikai pulak bila kawan dia yang takde iktisas boleh dapat, tapi dia yang ada iktisas tak dapat. Semua bergantung kepada kos dan subjek.

Kalau masih lagi ragu-ragu, esok pagi pukul 10 boleh join webinar yang Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) buat.


Mungkin diorang akan open untuk penonton bertanya dalam sesi Q&A nanti. Sila tanya kalau masih belum faham.

10 comment (s):

  1. Kepada yang memohon, semoga berjaya!

    ReplyDelete
  2. Teringin jadi guru. Tapi umur dah lanjut . Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guru untuk anak-anak. Sekarang PdPR. Boleh lah merasa jadi guru di rumah. 😀

      Delete
  3. Rezeki kalau dapat yang luar bidang. Yang sama bidang lebih baik rasanya. Apapun semoga berjaya dan ada rezeki untuk semua pemohon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau dah rezeki memang tak ke mana. 🤭

      Delete
  4. Akak tak sesuai jadi cikgu. Semoga yang berkelayakan dan takde pendapatan sekarang, berjaya dalam permohonan dia orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. 🤲

      Semoga dipermudahkan segala urusan.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.