What's up?

  • run

    HOME

Dysfunctional family dalam Malcolm in the Middle. Selesai sudah musim 1.


Mungkin ramai yang dah pernah tengok sitcom Malcolm in the Middle ni. NTV7 pernah tayang tahun 2001 tak silap, zaman di mana NTV7 tengah naik. Banyak rancangan terbaru dari Barat yang ditayang.


Sinopsis

Malcolm in the Middle berkisarkan keluarga bermasalah (tapi bukan level toxic). Malcolm, watak utama cerita ni merupakan seorang budak genius. Ada 2 orang abang dan sorang adik lelaki. Mak dia jenis yang panas baran tapi caring pasal anak-anak. Ayah dia pulak jenis yang tak matang tapi sayangkan anak-anak lebih dari segalanya. Dengan perangai adik-beradik dan mak ayah yang cannot brain, Malcom terpaksa hadap hidup kat tengah-tengah keluarga dia.

Kat sekolah, memandangkan dia genius, Malcolm terpaksa pulak join kelas khas untuk gifted students. Tapi yang jadi masalah, dia tak boleh nak adept dengan perangai nerd budak-budak dalam kelas tu. Sekali lagi, dia terpaksa hidup kat tengah-tengah keadaan tu. Sebab tu dipanggil "in the Middle" dalam tajuk.

Ulasan

Selesai tengok musim 1 yang berkapasiti 16 episod, aku memang suka cerita macam ni. Cerita yang tak fake dan somehow, boleh connect dengan realiti kehidupan sekeliling aku. Keluarga yang bermasalah, tapi still take care each other. Keluarga yang jenis tak suka jaga tepi kain orang, tapi bila jiran tegur, melenting. Sebab dirasakan keluarganya dah cukup sempurna.

Sitcom ni ada 7 musim kesemuanya. Setakat aku tengok full musim pertama, memang tak kering gusi asyik gelak tak henti. Memang banyak scene yang tak dapat dilupakan. Kadang tu, kena tengok jugak realiti kehidupan orang Barat. Ni selalu tengok konflik drama tempatan yang asyik kahwin cerai, anak golongan kayangan yang gila kuasa dan prop medik yang tangkap muat. Agak kurang membantu perkembangan minda kalau selalu tengok.

1. Cukur badan suami depan anak-anak.


Part ni memang tak boleh blah. Aku tak tahu nak geli ke nak gelak. Sambil anak-anak makan pulak tu. Pelik-pelik betul perangai. Penggunaan term "do the right thing" dalam famili ni memang lain macam. Tapi yang aku suka, walapun didikan famili ni memang pelik, tapi mak Malcom ni kalau bab makanan, pakaian dsb, memang akan pastikan cukup. Sanggup kerja sebab nak support suami. Nak pastikan keluarga cukup makan.

2. Hantar Francis masuk sekolah tentera.


Francis ni anak sulung tapi perangai nakal yang amat. Selalu buat hal. Sampai mak ayah diorang terpaksa hantar masuk sekolah tentera. Nak biar berdisiplin. Tapi walaupun dah masuk sana, perangai dia tetap sama.

3. Kena denda.


Bab kena denda, memang Malcolm adik-beradik selalu kena. Bila mak diorang yang denda, memang teruk. Ada yang kena mengadap dinding, grounded dsb. Tapi diorang tetap tak serik. Walaupun kena denda, ada je cara diorang mengelat.

4. Bila mak ayah keluar rumah.



Waktu ni Francis dipanggil balik rumah untuk tengok-tengokkan adik-adik dia. Ingatkan dia jaga elok-elok, tapi makin teruk jadinya. Habis rumah bersepah angkara kawan-kawan dia.

5. Baju tak muat.


Masa Mak Cik Helen diorang meninggal dunia, huru-hara diorang cari sut untuk pakai waktu nak ziarah. Tapi semua tak muat. Last-last mak diorang suruh Malcolm pakai sut abang dia dan adik dia pakai sut Malcolm.

6. Berkira dalam bahagi makanan.



Sampai nak kongsi fries pun diorang ukur guna pembaris. Memang detail betul. Teringat pulak masa aku kecik-kecik dulu. Macam ni lah gamaknya bila kena kongsi makanan dengan adik-beradik.

Dulu masa NTV7 tayang, aku tak sempat nak tengok semua episod. Banyak episod terlepas. Lagipun waktu tu selalu berebut dengan adik-beradik nak tengok cerita pilihan masing-masing. TV ada satu je. Kadang terpaksa sembunyi remote control sebab tak nak bagi tukar channel.

Boleh tengok online: Malcolm in the Middle

Bila ada peluang nak tengok ni, memang pulun betul-betul. Gigih maraton terus habis satu musim. Antara drama Melayu atau Korea, aku rasa aku paling banyak spent masa tengok drama Barat. Biasanya drama Barat ni cerita satu-satu episod tu tak bersambung ke episod seterusnya, tapi plot utama masih lagi berhubung. Kalau ter skip satu episod, masih boleh catch up.

14 comment (s):

  1. Haha akak dapat tengok masa ditayangkan di ntv7 cuma kadang-kadang tidak sanggup tengok tahap sewel mereka.
    Haha lebih tengok siri omputih juga macam sekarang layan 'Top Chef.'
    Eh tanya ni Bola Katok tengok siri ini di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Diorang punya sewel memang tak boleh blah. Nostalgia betul waktu tu.

      Saya dah masukkan link dalam entri.

      Delete
  2. Cerita lama ni.. Dah ingat-ingat lupa jalan ceritanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Boleh rewind balik tengok cerita ni.

      Delete
  3. Tengok dekat mana? Tahun 2000an dulu saya rajin tengok jugak cerita bersiri macam ni. Sekarang je dah malas. Kesian malcolm sebab famili dia semua ting tong, tapi kelakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah letak link dalam entri.

      Nasib baik Malcolm tu jenis matang dari adik-beradik dia.

      Delete
  4. Tak pernah tengokkkk, tapi nampak macam kelakar dan menarik untuk ditonton. Boleh tengok dekat mana lagi eh? Jenuh jugak ni nak google kalau banyak musim hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe AN. Faham. Gen Z memang tak layan cerita macam ni dulu-dulu. Adik saya yang gen Z pun tak tengok walaupun waktu tu kitorang adik-beradik lain layan.

      Tengok lah. Memang recommended. Saya dah letak link dalam entri.

      Delete
  5. tak pernah tengok pun sitcom ni... tapi mcm banyak sangtlah season aduhaii kelemahan betul nk tengok season yg bnyk ceni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengok season 1 memang rasa kejap je. Sebab setiap episod tak sampai setengah jam.

      Delete
  6. Pernah tengok series ni. Haru betul family dia. Tapi ingat ingat lupa dah watak family dia. Malcolm je lah ingat sebab dia watak utama dan ada dalam tajuk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Sitcom best awal 2000's. Dulu memang tengok kat TV je.

      Delete
  7. Tak tengok cerita ni, walaupun pernah perasan dulu ada kat tv. Channel hits astro pun ada tunjuk sitcom lama-lama, macam the wonder years, lebih kurang macam malcolm in the middle juga. Seronok juga layan cerita lama ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Channel tu pun best. Selalu tengok MacGyver, Charmed, Sabrina kat situ.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.