What's up?

  • run

    HOME

Cara beli lagu di iTunes.


Aku sorang je ke yang excited beli lagu dalam iTunes? Walaupun sekarang banyak je company yang buat subscription untuk streaming lagu macam Apple Music, Spotify, TIDAL dan KKBOX tapi aku tetap suka ada koleksi lagu yang bukan berbentuk streaming. At least boleh pasang kat mana-mana device dan audio player tanpa perlu bergantung kat app tu 100%.

Aku pernah cari tempat nak beli lagu digital kat Malaysia. Tapi tak banyak. Selain iTunes, aku jumpa website FMC Music je yang masih lagi sediakan servis jual lagu digital.


  1. Download dan install iTunes app kat PC atau laptop.
  2. Pilih Account > Sign In > masukkan ID dan Password. Kalau belum register lagi, klik Create New Apple ID dan follow langkah seterusnya kat sini: https://support.apple.com/en-my/HT204316.

  1. Sebelum beli, kena tentukan dulu cara kita nak bayar lagu tu. Klik Account > View My Account.
  2. Klik Manage Payments.
  3. Klik Add Payment.
  4. Sini aku pilih Mobile Phone (logo aerial tu) sebab aku nak bayar guna top up dari phone. Klik tab Mobile Phone tu, masukkan nombor phone dan klik Verify.
  5. Nanti kod akan dihantar melalui SMS. Masukkan kod tu dan klik Verify.
  6. Scroll down dan klik Done.
  1. Klik tab Store dan boleh cari lagu berkenan di hati ataupun search je kat kotak search tu.
  2. Kalau nak beli, ada dua jenis, sama ada lagu je atau album. Sebelah kiri tu klik bila nak beli full album. Kalau nak beli just satu lagu dalam album tu, klik kat bahagian hujung lagu tu. Akan ada pop up mintak masukkan semula password dan confirmation kalau kita nak download ke tak lagu tu. Klik Buy dan lagu akan terus auto download.
  3. Siap dan boleh klik untuk dengar lagu yang dibeli tadi.




Aku suka beli lagu digital untuk buat koleksi. Ye lah. Bila dah mampu beli ni, aku memang prefer beli macam ni daripada streaming (album fizikal ada je beli tapi tak banyak dan kena beli satu album terus). Bila streaming, feel tu macam lain je. Tak rasa yang lagu tu aku bayar pakai duit aku. Ibarat sewa dan kena bayar sewa bulan-bulan pulak.

12 comment (s):

  1. Wuu xpenah lagi beli lagu kat sini. Sbb selalunya dengar lagu pon kat youtube..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah beliiiii, selalu bukak spotify je sebab jarang jarang dengar laguuu dah sekarang. Kalau zaman belajar dulu, download lagu dekat google hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah ada akaun Spotify tapi jarang sangat guna. 😌

      Delete
  3. Biasanya berapa RM untuk sebuah lagu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu Malaysia selalunya RM2.90 dan lagu international selalunya RM3.90 sebuah.

      Delete
  4. Thanks share. tak pernah lagi beli lagi di itunes.

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.