What's up?

  • run

    HOME

Sambal bilis pedas dari d' SAMBAL licious jadi inti burger Malaysia.


Hari tu ada order sambal ni kat Shopee. Sebab tak berpeluang nak memang GA yang blogger Fairus Mamat buat, aku pun beli lah sebijik. Harga sambal ni RM12 sebotol.

First time beli sambal dalam Shopee tau. Risau jugak nanti botol kaca tu pecah dalam tangan kurier. Tapi bila sampai, elok je. Sebab wrapping guna buble wrap dan memang sangat tebal. Gigih aku bukak. Botol elok, takde pecah.


Aku masuk dapur dan test dulu sambal tu. Memang sedap plus pedas. Bagi aku, kalau guna untuk nasi lemak, memang tersangat best. Ada orang suka sambal bilis manis, tapi aku jenis yang suka sambal bilis pedas bila makan nasi lemak. Rasa kick tu lain macam. So, sambal ni memang kena dengan taste aku.

Aku plan nak buat burger Malaysia. Memang lama dah tak makan sejak PKP ni. Gigih pukul 3 pagi masuk dapur uli doh dan tekap guna cawan je. Bahan yang aku guna lebih kurang macam waktu aku buat donut mak kau hijau tahun lepas. Cumanya aku tak tambah esen pandan dan pewarnah hijau.





Aku potong timun tebal sikit sebab nanti best dapat kunyah sambil menghayati bunyi krup krap. Terlebih bayak pulak aku buat. Tak silap lebih 15 biji dan separuh aku simpan dalam fridge. Boleh makan esok. Bagi aku, memang sambal ni menjadi. Cukup rasa. Sambal lebih ada banyak lagi. Next time macam nak buat nasi lemak pulak.

22 comment (s):

  1. Pandainya Bola Katok buat burger malaysia. Cantik kejadiannya. Wah, boleh cuba nanti sambal bilis pedas encik fairus. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Boleh try beli. InsyaAllah berbaloi. 😁

      Delete
  2. Wahh nampak cantik hehehe boleh la buat nanti

    ReplyDelete
  3. Rajinn betoi ya pukul 3 pagi uli doh hahahaha, tapi bila dah teringin tu, memang tak boleh bawak bincang kann

    ReplyDelete
  4. Wah.Pandai BK buat burger Malaysia.Syabas beteh!!

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka sambal pedas. Nantilah pesan melalui cod, satu negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung lah macam tu. Lagi cepat boleh makan.

      Delete
  6. Wah..cantik jadik. Bila laa nak rajin buat sendiri gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak selalu rajin. Ada time jugak. 😅

      Delete
  7. Replies
    1. Betul. Bulan puasa hari tu memang tak sempat nak cari kat bazar ramadan.

      Delete
  8. Menarik jugak ada sambal ni m boleh olah buat mini burger, xpayah nak ambil masa lama nak buat sambal bilis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang praktikal sangat ada sambal ni. 👍

      Delete
  9. Nampak sedap. Rajin buat sendiri..salute!

    ReplyDelete
  10. Oooo.. Awak yang beli ke kat Shopee. Ingatkan siapa.. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Senang kerja sambal ready made. Gigih sangat uli doh pagi pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terlebih gigih. Lapar punya pasal. 😵

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.