What's up?

  • run

    HOME

Bayam Brazil celup tepung. Rangup krup krap!


Tepi rumah aku ni memang banyak pokok bayam Brazil. Kalau nak tahu, bayam Brazil ni bayam yang jenis kecik daunnya. Bukan bayam yang biasa kita makan dan buat masak lemak tu. Daun bayam ni bersaiz bulat dan biasanya bila dah matang, saiz daun akan besar sikit dari duit syiling 50 sen.


Tapi bayam tepi rumah ni selalu sangat dimakan belalang. Banyak daun berlubang. Kena pilih yang elok kalau nak goreng. Batang bayam memang tak boleh makan. Keras yang amat. Bila kunyah memang tak hancur. Aku buat bayam goreng ni simple je. Guna tepung Bestari pedas.

Bahan-bahan
  • Daun bayam Brazil
  • Tepung Bestari hot and spicy
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah
  1. Basuh bayam dengan bersih.
  2. Sediakan dua mangkuk tepung Bestari (satu untuk bancuhan basah dan satu untuk tepung kering).
  3. Celup daun bayam dalam bancuhan basah. Bancuhan tu tak perlu cair sangat. Biar pekat macam kicap pekat tu.
  4. Lepas tu, ambil bayam yang dah dicelup dan gaul sebati dalam bancuhan kering.
  5. Goreng dalam minyak dengan api sederhana.
  6. Bayam masak bila dah garing.
  7. Siap.


Bayam Brazil celup tepung ni best makan macam tu je. Nak cicah sos keropok pun boleh. Makan sambil layan drama atau membawang pun boleh jugak. Tapi tak boleh goreng banyak untuk buat stok beberapa hari. Sebab bayam mudah lemau bila masuk angin. Cara terbaik, goreng bila nak makan je.

16 comment (s):

  1. wahhh...selama guna bayam jijau tu je...bayam brazil pun ngam rupanya

    ReplyDelete
  2. Wah.. tak pernah cuba. Nampak sedap kejadiannya. :)

    ReplyDelete
  3. Menarik jugak.. kene beli bayam niii.. dapnyaaaa

    ReplyDelete
  4. Betul, goreng bila nak makan jeeee and makan sambil tengok drama memang syokk, tak sedar dah habis hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Waktu goreng pun tak lama. 👍

      Delete
  5. Rimbun bayam brazil ni kalau ditanam atas tanah terus. Dalam pasu lambat sikit. Saya pun buat bayam brazil celup tepung guna tepung bestari jugak. Rangup dan sedap!

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.