Sebelum masuk 7e, aku pergi ZUS. Katanya ada promo baru. Bukan 1 tapi 3 sekaligus. Walaupun hujan lebat pagi ni, redah je lah. Kang nanti naik air, tak boleh pergi pulak. 😂
Ada beberapa orang tengah lepak. Nasib baik tak ramai sangat. Cepat sikit order siap. Malas nak duduk lama sebab sejuk sangat kedai ni. Antara promo yang ada:
- Promo 1: ChubbyBara Cup Sleeve (percuma bila beli mana-mana 3 air promo).
- Promo 2: ChubbyBara Plushie Pop Socket (beli at least RM28 mana-mana air).
- Promo 3: ChubbyBara Eye Mask (beli bundle RM30).
Mulanya aku plan nak beli eye mask dan nanti minggu depan baru grab Plushie Pop Socket (benda tepek belakang phone). Tapi kes pop socket tu free dan risau cepat habis, aku terpaksa lupakan eye mask tu dulu. Dengan harapan eye mask tu lambat lah habis. 😂
Aku order 2 ketul air untuk cukupkan RM28. Air pertama aku order, Iced Buttercrème Latté. Aku tak pernah minum air ni. Tapi sebab pernah baca dalam entri Kak Sha pasal air Buttercrème, aku curious nak tahu rasa air ni macam mana.
Air Buttercrème ada 4 jenis. Aku beli versi biasa. Add on caramel. Rasa air ni sedap. Berlemak. Staff kata ni air ala basic tanpa kopi. Bila tambah caramel, lagi cun.
Kedua, aku beli air Double Chocolate Chip Frappé. Tak pernah aku minum air ni walaupun selalu ada dalam menu. Sebab mahal jugak harganya. Bila ada promo, baru berbaloi beli.
Air coklat ni bagi aku, rasa biasa-biasa je. Kat pasar malam pun boleh jumpa air macam ni. Cuma yang menarik, bila minum, ada macam ketulan coklat kecik. Sedap lah bila krup krap kunyah benda tu.
Ada jugak cup sleeve baru. Yang ni takde sayap. Versi normal. Comel jugak rupanya. Boleh tambah koleksi.
Sekarang, ni lah koleksi yang aku dapat. Pop socket tak boleh pilih design walaupun nampak rupa dari plastik transparent tu. Random. Sebab staff kata bila kita order, sistem akan pilih jenis pop socket secara auto.
![]() |
| Lakaran asal yang ada belakang sticker. |
Cuma agak terkilan sebab ZUS tak buat paper bag versi ChubbyBara sempena promo ni. Aku perasan dari promo Ube lagi. Last ada paper bag eksklusif masa promo ZUS Buddy. Bila masuk promo Ube, takde. Tak pasti kenapa dah takde paper bag gitu lagi.
Lagi satu, minggu depan ada barang last untuk promo ni: ChubbyBara Plushie Blanket atau nama tak glamour nya, selimut. Tapi aku rasa tak mampu lah nak beli. Staff kata harga seketul tu RM79. Nak semput aku dengar. 😢










0 Comments