Peti sejuk Wall's kat kedai runcit yang aku singgah ni baru je topup aiskrim baru. Aku tengok dalam tu. Ada aiskrim menarik: Topten.
Aku nak share pasal seketul aiskrim ni dulu. Sebab ni antara aiskrim bukan premium yang sedap ... dan unik. Aku bukan duta atau buat paid review. 😆
Kali ni aku nak share pasal aiskrim Topten Xtra. Aiskrim ni baru lagi kat pasaran. Tak silap aku bulan Oktober lepas baru masuk kedai. Harga seketul RM3.
- Coklat dan kacang almond
- Aiskrim vanila
- Serpihan coklat
- Sos fudge coklat (macam coklat cair)
- Bebola coklat
- Aiskrim coklat
Banyak benda ada dalam tu kan? Aku tengok pun dah terliur. Sebab tak pernah wujud aiskrim pesen gini. Selalunya lapisan luar je macam-macam ditaruknya. Tapi yang ni, dalam pun ada.
Rasa coklat dalam aiskrim ni sedap. Rasa sangat premium. Bukan rasa tipikal aiskrim coklat biasa. Aku tak pernah makan aiskrim mahal. Aku tak tahu rasa aiskrim mahal macam mana. Cuma nak bagitau, rasa aiskrim ni bukan macam aiskrim harga RM3. Tapi lebih lagi.
Ok done share.
Kalau nak tahu rasanya macam mana, sila pergi kedai, beli dan rasa sendiri. 😅





21 Comments
Kalau sedap, tak lama lagi mesti naik harga. Akak baru makan aiskrim Stranger Things, sedap.
ReplyDeleteAiskrim Stranger Things pernah nampak. Tapi sekarang kedai sini dah tak jual. Tak tahu kenapa.
DeleteCuya baru lepas beli aiskrim 7e.
ReplyDeleteAiskrim paling mahal Cuya pernah makan adalah Baskin Robbin tapi rasa dia sama mcm aiskrim beli kt supermarket. Baik beli je aiskrim bundle dlm bekas besar
haah sama! baik beli je aiskrim biasa hehehe
DeleteBetul ke? Saya tak merasa pun lagi aiskrim tu.
DeleteEhh kena cari eskrem ni.
ReplyDeleteSila-sila. 😄
Deletemcm biasa nti nak kena try cari jugak ni! BK ni selalu merachunnnnn ahahaha
ReplyDeleteBiasa. Barang baik harus lah dikongsi.
DeleteNanti cari. Lapisan-lapisan tu macam eskrem vico.
ReplyDeleteKena puasa mkn manis-manis bila dah menua ni.
Saya macam pernah makan aiskrim Vico. Tapi lupa pulak rasanya macam mana. 😥
Deleteyg bungkus purple ni belum rasa lg walaupun dah nampak byk kali kat speedmart hehehe
ReplyDeleteSedap. Percaya lah. 😎
DeleteSuka juga aiskrim ini.. Tapi yang biasa tu pun dah sedap sebab sekarang kacang banyak..
ReplyDeleteBetul. Boleh ketagih makan aiskrim gini.
DeleteHaa betul, aiskrim TopTen ni rasa premium harga marhaen.
ReplyDeleteKann. Saya ingat saya sorang je rasa macam tu.
DeleteWaaa baruuu. Favorite busyra yg packaging kuning tu..
ReplyDeleteKena buat stok lah nanti.
Deletewah kena carik ni.
ReplyDeleteSila-sila. 👍
Delete