What's up?

  • run

    HOME

Dapat voucher RM0 free shipping lagi. Terima kasih Shopee!


Boleh katakan aku ni customer tetap Shopee. Tapi barang yang aku beli tu takde lah sampai ratus-ratus. Paling mahal pun hari tu, waktu aku beli tilam sebijik. Biasanya memang aku akan beli barang harga tak lebih RM15 dalam satu-satu masa. Cuma kalau barang dapur, memang akan lebih sikit.

RM0 free shipping ni memang jarang sangat Shopee nak bagi. Kalau ada event tertentu, baru dapat. Tu pun aku rasa random je siapa yang akan dapat.

Kelebihan RM0 free shipping voucher

Untungnya bila guna voucher ni, kita boleh beli barang tanpa harga minimum untuk dapat free shipping. Barang harga 10 sen pun boleh beli, dengan syarat maksimum jenis barang yang kita order tu adalah 14 jenis je. Kuantiti setiap barang tu tak kisah banyak mana asalkan tak lebih 14 jenis.


Voucher ni lain dengan voucher RM0 free shipping yang pernah aku explain dalam entri sebelum ni. Sesetengah seller akan ada label RM15 dan RM40 kat produk diorang. Maksudnya tu kena beli at least RM15 atau RM40 untuk dapat free shipping. Tapi kalau guna voucher RM0 free shipping ni, kita boleh beli produk tu tanpa caj penghantaran walaupun barang kedai tu RM5 je. Even kedai yang takde label RM15 atau RM40 tu pun, boleh guna voucher ni.

Jadi pengguna bijak, jangan dipijak

Memang ada barang yang aku dah lama nak beli tapi sebab kena tanggung caj penghantaran, aku tak jadi beli. Bukan apa, bab shopping dalam Shopee ni, kita kena lah jadi pengguna bijak. Banyak je promo yang Shopee buat dan kena lah grab sebelum terlepas. Kebanyakan harga barang dapur dalam Shopee ni memang lagi murah dari kat kedai biasa. Bukan tak nak support kedai kat luar sana, lagi-lagi kedai runcit. Tapi kalau selalu beli barang dan harga asyik mahal je, tak ke rugi kat situ? Niat kita memang bagus nak membantu, tapi jangan sampai diambil kesempatan.

8 comment (s):

  1. Sy kalo beli brg kena tgk shipping dlu.. kalo dpt free shipping voucher mmg cpt je check out 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Jimat duit. Free shipping ni sangat diperlukan.

      Delete
  2. Betul, beli dalam shopee lagi murahhhh, kalau kat luarr mahei hahaha. Biarlah terpaksa tunggu beberapa hari untuk barang sampai ke rumah, janji murah hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I feel you. Lagipun selalu ada promo dalam Shopee ni.

      Delete
  3. Tak pernah beli barang dapur di shopee. Ooo, baru tahu tentang free shipping voucher ni. Ada pernah dapat voucher RM10, bila kita follow sesetengah kedai, dan tiada had minimum pula harga barang yang kita beli untuk gunakan voucher tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM10 tu ada jugak. Biasa diorang buat time event. Ada jugak yang RM5.

      Delete
  4. Alhamdulillah. Selamat bershopping

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.