What's up?

  • run

    HOME

Refugee Olympic Team aka Pasukan Pelarian Olimpik dalam Olimpik 2020 Tokyo.


Masa tengok pembukaan rasmi Olimpik, aku perasan ada satu team yang bukan team negara: Refugee Olympic Team. Setahu aku, hanya wakil setiap negara yang bertanding dalam Olimpik. Aku pelik kenapa ada team selain team negara. Team khas ke?

Refugee Olympic Team (ROT)


Berdasarkan kajian aku dari beberapa sumber, ROT dihasilkan daripada orang pelarian (refugee) dalam sesebuah negara. Sebelum tu, aku info sikit pasal orang pelarian.

Pelarian vs PATI

Mengikut United Nations High Commission for Refugees (UNHCR), pelarian ialah orang yang melarikan diri dari perang, keganasan, konflik atau penganiayaan dan telah melintasi sempadan antarabangsa untuk mencari keselamatan di negara lain.

Manakala mengikut UNHCR Malaysia pulak, orang pelarian ni takde pilihan selain lari dari negara asal disebabkan peperangan dan pencabulan hak asasi manusia. Diorang tak boleh pulang secara selamat. Mandat UNHCR adalah untuk melindungi mereka.

Lagi satu, orang pelarian tak sama dengan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). PATI ni ada kat negara tanpa dokumen sah. Biasanya diorang ke negara lain sebab nak cari kerja. Tapi diorang tetap dapat perlindungan daripada kerajaan negara diorang. Nyawa serta kebebasan diorang tak terancam kalau kena usir pulang.

Bila sebut pasal UNHCR ni, dulu kan kat negara kita pernah jadi isu pasal pelarian Rohingya dan Myanmar. Diorang boleh masuk dan tinggal kat negara kita tapi bukan sebagai PATI atau penduduk tetap (PR). Diorang hanya boleh tinggal sebagai orang pelarian (refugee).

Sejarah ROT

Berbalik kepada team ROT, team ni dicipta pada tahun 2016 masa Olimpik Rio. Atlet dalam team ROT dipilih oleh International Olympic Committee (IOC) dan team ROT ni dapat scholarships untuk berlatih. Atlet team ROT terdiri daripada beberapa negara seperti Jerman, Portugal, Afghanistan, Israel, Perancis, Syria dan Iran.

Kimia Alizadeh Zonoozi.

Kimia Alizadeh Zonoozi merupakan salah seorang atlet yang mewakili ROT. Atlet taekwondo ni asalnya dari Iran. Dia tinggalkan Iran disebabkan penganiayaan dan seksisme (sexism).

Yusra Mardini.

Yusra Mardini selamatkan diri dalam perang saudara kat Syria tahun 2015. Dia keluar dari Syria, pergi ke Lubnan hingga Turki untuk sampai ke Greece. Tapi ada kemalangan. Bot yang dia naik tu rosak (terlebih muatan). Dia pun berenang dan selamatkan orang lain.

Sukan adalah jalan keluar. Ianya seakan memberi kita harapan untuk bina kehidupan baru. - Yusra Mardini

Masomah Ali Zada.

Atlet berbasikal, Masomah Ali Zada, tinggalkan Afghanistan disebabkan keganasan dan sikap negatif terhadap penyertaan wanita dalam sukan kat sana.

Aram Mahmoud.

Atlet badminton, Aram Mahmoud, tinggalkan negara asal dia, Syria. Dia sekarang menetap kat Belanda. Dia tinggalkan Syria masa perang saudara tahun 2015. Sebabnya dia nak cari masa depan yang lebih cerah, untuk rasa aman dan jalani hidup normal.

Abdullah Sediqi.

Selain tu, atlet taekwondo, Abdullah Sediqi berjaya selamatkan diri dari kumpulan bersenjata kat Afghanistan. Dia jalan kaki hingga sampai ke Belgium dan menginap di kem pelarian.

Sukan sebagai hak asasi

Sukan adalah satu hak asasi. Jadi tak adil kalau seseorang pelarian tu dihalang untuk bertanding dalam mana-mana sukan. Nak mewakili negara asal, tak boleh. Bukannya diorang takde semangat patriotik atau pengkhianat negara, tapi macam aku cakap, masing-masing ada sebab konkrit kenapa tinggalkan negara asal.




Untuk Olimpik Tokyo, seramai 29 atlet, 11 negara dan 12 jenis sukan yang team ROT bertanding. Semoga apa jua masalah yang berlaku kat negara asal diorang, harapnya sukan mampu naikkan semangat diorang untuk terus berjuang dalam kehidupan.

14 comment (s):

  1. kebanyakan atletnya dari negara timur tengah. sy tunggu kalau ada atlet dr Korea Utara. tp tulah ia mungkin boleh ancam diri diorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni diorang request untuk tak masuk disebabkan COVID-19.

      Delete
  2. mereka yang bernasib baik dan berbakat
    sehingga boleh ke olympic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Bukan senang ahli sukan nak masuk Olimpik.

      Delete
  3. Tak tengok pulak opening haritu. Hebatnya mereka dapat masuk Olimpik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Dah level Olimpik. Bukan senang nak masuk.

      Delete
  4. Lagi satu perasan ada ROC.
    Ok terima kasih beri pencerahan pasal ROT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. πŸ‘

      ROC tu dari Rusia. Kes Rusia offcially dilarang masuk kali ni sebab isu doping.

      Delete
  5. Info menarikπŸ‘πŸ»πŸ’•

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.