What's up?

  • run

    HOME

Resepi donut gebu gebas perisa pandan mak kau hijau!


Dalam banyak-banyak kuih, donut antara kuih yang aku suka buat. Bagi aku, donut ni nampak je simple nak buat, tapi silap adunan, memang tak menjadi. 

Kali ni aku buat donut abnormal sikit. Asyik makan donut biasa, apa salahnya sekali-sekala makan donut perisa pandan kan?

Bahan A
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sb susu tepung
  • 4 sb besar gula halus
  • Secubit garam halus

Bahan B
  • 1 sk esen perisa pandan (jenama Star Brand)
  • 1 sk pewarna hijau epal (jenama Star Brand)
  • 1 biji telur ayam
  • 3 sb majerin atau planta
  • Air suam secukupnya

Bahan C
  • 1/2 paket yis (guna paket mauri-pan 11g)
  • 1 sk gula halus
  • 1/4 cawan air suam

Bahan D
  • Gula halus secukupnya

Langkah-langkah
  1. Campur semua bahan C dalam bekas atau cawan dan kacau manja. Tutup (mesti) dan biarkan selama 10 - 15 minit untuk yis tu naik.
  2. Dalam bekas lain, campur semua bahan A. Gaul sebati.
  3. Masukkan satu persatu bahan B dan campuran bahan C (yis yang dah naik tadi) ke dalam campuran bahan A.
  4. Air suam kena masukkan sedikit demi sedikit. Uli dan pastikan campuran bahan tu jadi doh. Jangan telalu keras dan jangan terlalu lembik.
  5. Tutup bekas tu dengan penutup dan biarkan sekurang-kurangnya 1 jam sampai lah doh tu kembang.
  6. Bila dah kembang, uli lagi doh tu dan biarkan selama 10 minit untuk kurangkan stress pada doh tu.
  7. Bila doh dah ok, baru lah boleh tekap atau bentukkan doh tu.
  8. Goreng dan siap untuk dimakan. Boleh gaul atau taburkan bahan D (gula halus) pada donut tu.

Doh yang dah naik mengembang.

Tekap guna acuan je senang.

Sedia untuk digoreng!

0 comment (s):

Post a comment

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.