What's up?

  • run

    HOME

Sedapnya lokcing! Mana nak dapat waktu PKP ni?


Hujung tahun 2018 (2 tahun lepas), aku balik kampung kejap. Masa keluar pergi pasar, ternampak pulak mak cik kat tepi jalan jual lokcing. Lokcing ni kat Kelantan je banyak jual. Sebab setahu aku, lokcing ni diimport dari Thailand. Tapi halal lah.

Yang ni memang aku beli lebih. Pedas tapi sedap.

Aku kalau jalan-jalan dan ternampak ada orang jual lokcing, aku memang wajib singgah dan beli. Memang favourite aku. Kat bandar besar memang susah nak dapat. Masa kat Putrajaya, pasar malam Presint 3 je ada jual. Tu pun harga boleh tahan mahal. Kat kampung ni, harga memang standard murah. Nak jual mahal nanti tak laku.

Masa kecik-kecik dulu, aku panggil sate ikan je. Sebab kawasan rumah aku, sate ikan je yang ada. Sosej dan seangkatan dengannya memang takde jual. Bila pak cik yang jual sate ikan tu datang petang-petang naik motor, memang terpekik panggil pak cik tu sebab nak beli sate ikan. Paling best bila campur sos pedas dan sos manis.

0 comment (s):

Post a comment

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.