What's up?

  • run

    HOME

ShopeeFood dah ada? Pencabar GrabFood dan Foodpanda?



Wah. Lepas ni boleh lah order makanan guna Shopee. Kalau ada coins lebih, lagi jimat. Yahoo!

Tapi servis ni hanya ada kat Indonesia je sekarang. Belum masuk Malaysia lagi. Aku rasa, bila dah masuk Malaysia, mesti ramai yang guna. Tu pun kalau ada restoran yang berbaloi dan sesuai dengan selera orang kita ni macam fast food dsb.





Bukan apa, aku pernah order guna satu food service ni. Kalau ikutkan, dapat dalam masa setengah jam. Tapi sejam lebih baru aku dapat. Paling sadis, bila dapat tu, menu tak sama. Aku order lain, dapat lain. Ikutkan hati, nak je aku complain. Tapi kesian kat rider dan staff restoran tu. Kang tak pasal-pasal kena buang kerja waktu PKP ni. Dah lah nak dapat kerja susah. Redha je yang aku mampu.

So, harapnya dengan kehadiran ShopeeFood ni, dapat lah customer macam aku ni buat pilihan bijak nak pilih servis mana yang berbaloi.

0 comment (s):

Post a comment

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.