What's up?

  • run

    HOME

Pemegang tudung periuk nasi tercabut. Terpaksa DIY sendiri.


Tudung periuk nasi aku tercabut skru kat salah satu pemegang. Lubang tempat skru masuk tu dah patah. Bila basuh tudung tu, memang bergoyang-goyang lah.

Nak beli periuk baru, sayang duit. Macam membazir je sebab bukannya periuk atau tudung periuk yang rosak. Pemegang tu je yang problem.


Aku pun godek-godek Shopee. Jumpa satu kedai ni yang jual pemegang tudung periuk nasi. Tapi masalahnya, dia tak sertakan sekali skru. Aku risau skru lama ni tak ngam dengan pemegang baru.

Pemegang baru.

Pemegang lama.

Bila sampai tadi, memang betul sangkaan aku. Skru lama tak ngam pun untuk pemegang baru. Saiz lubang pemegang baru ni kecik sikit. Aku pun try cari skru dalam toolbox aku. Takde jugak yang sama saiz.


Siap!

Last-last, terpaksa guna skru lama jugak. Punya lah susah payah aku pulas guna screwdriver. Nasib baik jadi. Harap lepas ni pemegang ni takde problem dah.

0 comment (s):

Post a comment

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.