What's up?

  • run

    HOME

Beli soap dispenser bottle kat Shopee. Jimat sikit duit.


Waktu mandi, aku paling suka guna syampu Clear Men tu. Bila berpeluh, kepala aku selalu gatal-gatal. Lepas guna syampu ni, terus OK. Mungkin sebab kesan dari menthol kot. Sebelum ni aku guna brand Head & Shoulders. Berkesan jugak kalau nak kurangkan kelemumur. Tapi mahal sangat.

Waktu promo hari tu, aku beli lah beberapa ketul syampu Clear Men ni. Nak buat stok. Tapi promo tu untuk 315ml je. Nak beli yang 650ml tu mahal sangat.



Bila guna yang 315ml ni, selalu je air pancut masuk dalam botol tu. Sampai syampu jadi cair bercampur dengan air. Aku pun beli lah botol kosong dalam Shopee. Botol ni je yang aku berkenan. Warna hitam lut cahaya.




Tak lama pun aku tunggu. Sebab barang dari China kan. Tak sampai seminggu. Ambil masa 6 hari je untuk sampai. Dengan adanya botol baru ni, dapat lah aku jimat sikit. Nak agak kuantiti syampu pun senang. Picit je.

10 comment (s):

  1. Wah menarik ni. Guna inovasi sendiri. Jimat pun jimat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Terpaksa buat sebab sayang nak beli yang 650ml tu.

      Delete
  2. kite pakai je botol tu.. tapi selalu off dulu shower baru picit shampoo hehe

    ReplyDelete
  3. rajin nyee transfer ke botol.. sy shampoo tak particular sngt tp sabun mandi ya. beli yg bekas besar punya then beli refill. ok je guna botol tu nampak quantity kat dalam tu senang nak agak bila nk habis.

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.