What's up?

  • run

    HOME

Bayam Brazil celup tepung. Biar lambat, asal kenyang!


Aku ingat lagi awal tahun masa tengah havoc dengan PKP. Bayam Brazil ni viral jap. Ada yang siap tanam waktu tempoh berkurung PKP. Lepas tu, dalam masa 3 bulan dapat hasil yang berbakul-bakul.



Kat luar rumah aku ada banyak bayam Brazil ni. Aku potong sikit bayam ni nak cuba goreng. Cara goreng bayam ni sangat senang. Macam goreng ayam celup tepung tu. Tapi tak boleh guna api besar sangat sebab nanti bayam tu hangus.


Aku guna tepung jenama Bon Chef. Aku beli kat Lazada. Tak perlu guna telur pun. Sebab tepung ni memang boleh guna tanpa telur atau agen lekatan.


Memang sangat crunchy. Pedas dan berperisa. Aku suka yang BBQ sebab rasa tepung tu macam kombinasi jajan Twisties dan Smax.

0 comment (s):

Post a comment

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.