What's up?

  • run

    HOME

Aku sakit perut setiap kali makan BonChili.


Sebelum ni, aku pernah beli BonChili level 15. Bagi aku, memang tak sepedas perencah Mamee Ghost Pepper atau Samyang, tapi setiap kali lepas makan BonChili ni, mesti perut ni akan rasa lain macam.

Minggu lepas, aku makan ayam goreng dan tabur BonChili atas ayam. Masa makan ok je. Tapi esok pagi, perut terus meragam. Bukan sekali dua. Setiap kali aku makan BonChili, mesti benda sama berulang.

Level 30. Paling pedas.

Tapi itu lah. Aku tak serik. Tetap nak tabur BonChili. Tak kira lah ayam ke megi ke, wajib ada BonChili. Paling best, aku campur BonChili ni dalam tepung ayam goreng. Bagi meresap dalam isi ayam sebelum digoreng. Hasilnya? Memang sedap dan esoknya, perut sakit dan masuk jamban.

Nampak sedap kan?

Mungkin setiap orang lain kesannya. Macam kes ayam goreng pedas berapi 3x McD tu. Ada orang rileks je makan. Siap cakap tak pedas pun. Ada orang macam aku ni, masa makan dah boleh rasa dada sejuk lain macam. Tak lama lepas tu, perut memulas dan bersedia masuk jamban!

0 comment (s):

Post a comment

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.