What's up?

  • run

    HOME

Dah tengok filem The Call dalam Netflix? Best ke?


Filem The Call ni tayang pada 27 November lepas dalam Netflix. Tapi baru malam tadi aku sempat tengok. Filem ni memang trending kat Twitter pada hari tayangan tu.

Bagi aku, cerita The Call ni memang best. Penuh dengan unsur saspens. Ada part yang cannot brain dan ada part yang kau boleh expect.

Plot twist? Ya. Cerita ni memang ada banyak plot twist yang tak terfikir pun. Memang pandai pengarah dan penulis skrip buat cerita ni. Ada beberapa point yang aku boleh bagi kat sini.

1. Plot yang nampak simple tapi rumit.


Masa awal-awal cerita, aku boleh agak filem ni berkisarkan komunikasi antara latar masa berbeza. Present and past. Watak utama, Seo Yeon (Park Shin-hye) excited dapat sembang dengan Young Sook (Jeon Jong-seo) dari masa lepas. Tapi dia tak tahu yang interaksi diorang berdua ni lah yang akan bawak malapetaka!

2. Konsep baru? Time travel?



Tak baru sangat. Komunikasi antara 2 latar masa yang berbeza aku dah pernah tengok. Aku ingat lagi masa tahun 2006. Drama TVB kat TV3 bertajuk To Get Unstuck In Time. Watak utama berkomunikasi dengan watak masa lepas melalui telefon besar gedabak macam filem The Call ni. Dan kesan (buruk) berlaku bila dia cuba ubah apa yang berlaku pada masa lepas.

3. Dying-to-see-the-next-scene.


Point ni aku setuju. Bila tengok filem ni, kau takkan berkelip mata (metafora je) sebab risau akan terlepas walau satu scene. Sebab satu scene tu sangat penting. Ditambah lagi dengan plot yang buatkan kau tak sempat berfikir apa yang mungkin berlaku pada scene seterusnya!

4. Aku suka lakonan Park Shin-hye.


Aku kenal Park Shin-hye dari drama Korea You're Beautiful sebagai Go Mi-nam masa zaman kampus. Lepas tu drama Heartstrings (2011) dan paling best drama Pinocchio (2014). Lakonan dia bersahaja tapi serius dan kena dengan cerita.

5. Ada sinematografi dan muzik latar yang perfect on-time.


Scene paling best bila watak villain, Young Sook keluar rumah senyap-senyap sebab nak selamatkan rumah Seo Yeon dari terbakar. Dia berlari sepanjang tebing antara 2 tasik dan scene ni kena dengan muzik latar. Lepas tu, waktu dia keluar kat bandar, kau boleh rasa feeling dapat bebas tu macam mana.

Time Renegades (2016)

House of the Disappeared (2017)

Kalau bukan sebab COVID-19 berleluasa, aku rasa filem ni kalau ditayangkan kat pawagam, confirm box office. Bila cakap pasal filem Korea time travel, aku pernah tengok yang lagi kompleks. Filem Time Renegades (2016) dan House of the Disappeared (2017) kat Astro tvN Movies. Aku terpaksa perah otak bila tengok dua-dua filem ni. Sangat penuh dengan plot twist.

0 comment (s):

Post a comment

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.