What's up?

  • run

    HOME

Bila PKPB Putrajaya dah tamat. Ba*i pun nak shopping jugak ke?


Aku pun pelik dan bingung kejap. Macam mana lah binatang ni boleh masuk dalam Alamanda. Lebih tepat, Al-Ikhsan.


Dari mana binatang ni masuk aku tak pasti. Tapi aku tahu mana-mana binatang liar boleh masuk sebab pintu mall ni jenis auto. Ada sensor yang dapat detect pergerakan objek kat depan pintu.

Mungkin lepas ni Alamanda boleh ikut macam pintu utama Dpulze, sebelah FamilyMart tu. Pintu tu semi-auto. Jenis slider. Maksudnya, orang dari luar kalau nak masuk, ada scanner kat tengah-tengah pintu kaca tu. So, bila nak masuk, kena scan tunjuk tapak tangan dan pintu akan terbuka. Kalau orang dari dalam nak keluar, takde masalah. Macam biasa. Tak perlu scan pun.

Mungkin pernah terjadi tragedi binatang liar masuk Dpulze tanpa diundang. Sebab tu kot ada pintu macam ni kat pintu utama. Pintu masuk lain jenis yang tarik dan tolak macam kat 7e tu. Dan jenis tarik tolak ni tak praktikal untuk pintu utama mall sebab nanti payah nak keluarkan troli besar gedabak tu.


Demo macam dalam video kat atas tu. Tapi takde lah sampai tapak tangan tu kena sentuh permukaan pintu. Kat Dpulze hanya ada sensor yang dapat detect pergerakan.

Hebat tak teknologi macam ni? Aku rasa semua mall patut guna pakai sistem ni. Sangat praktikal untuk mall yang dikhuatiri binatang liar menceroboh!

0 comment (s):

Post a comment

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.