What's up?

  • run

    HOME

Petama kali order GrabFood? Amacam? OK ke?


Aku kalau bukak app Grab, jarang sekali aku tengok bahagian GrabFood. Aku ni jenis jarang nak makan makanan luar selain fast food macam KFC atau McD.



Tergerak hati nak bukak bahagian GrabFood. Jeng jeng jeng! Terkejut aku ada voucher 50%. Voucher ni boleh guna dua kali je. Aku pun apa lagi. Scroll dari atas sampai bawah kedai yang ada. Alhamdulillah. Ada KFC!


Seriously memang dah lama aku mengharap KFC buat GrabFood. Sebab rumah aku ni tak available untuk rider KFC hantar makanan. Ceruk kampung. Aku bukak website KFC tu dan pin location. Memang tak available. Tapi bila KFC buat GrabFood, terus berkobar-kobar nak try.

Voucher 50% ni boleh apply bila order makanan at least total RM20. Aku pun order lah set tandoori tu. Bayar pakai debit card sebab malas nak top up e-wallet Grab ni. Tak lama pun aku tunggu. Dalam 30 minit dah sampai.

Kotak baru.

Fries KFC antara fries yang aku suka.

Roti burger tu penyek sikit sebab aku terpicit.

0 comment (s):

Post a comment

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.