What's up?

  • run

    HOME

Ke arah teknologi nirwayar. Perlu ke lagi pengecas telefon disediakan sekali dalam kotak?


Baru-baru ni Apple ada buat satu tindakan yang mana jadi satu topik yang hangat dibahaskan dalam arena telefon pintar. Bermula daripada iPhone 12, Apple takkan lagi sertakan sekali pengecas dalam kotak baru telefon. Ramai yang kecam sebab terpaksa beli pengecas asing-asing.

Tapi Apple cakap diorang buat macam tu sebab nak save environment. Nak kurangkan pencemaran alam sekitar. Entah. Aku tak pasti. Sebab kalau nak kurangkan pencemaran sekalipun, baik tak payah buat terus telefon.


Tapi mungkin company ni ada sebab tersendiri. Dan aku rasa salah satu sebab tu adalah untuk memaksa pengguna berubah kepada teknologi tanpa wayar atau nirwayar secepat yang boleh. Mungkin lepas ni, iPhone akan datang takde lubang usb untuk cas telefon, tapi kena cas secara nirwayar. Macam teknologi Qi wireless charging yang diperkenalkan suatu ketika dulu.


Aku pernah guna phone Nokia Lumia 820 start tahun 2013 dan phone ni ada wireless charging. Tapi mungkin sebab dulu-dulu arena nirwayar ni kurang sambutan, banyak pengeluar telefon pintar tak implement teknologi ni 100%.

Tengok sekarang je lah. Masing-masing berlumba-lumba nak hasilkan phone atau bateri yang boleh dicas sepantas kilat. Kalau boleh, nak penuhkan bateri dalam masa 1 minit!


Kalau lah betul kiraan aku, teknologi nirwayar ni akan berkembang start tahun 2021. Mungkin sesetengah pengguna tak kisah sangat pasal nirwayar ni. Tapi aku yang selalu buat kerja guna laptop, sangat terkesan dengan teknologi nirwayar. Amat leceh dan sangat berserabut bila nampak banyak wayar berselirat. Aku terfikir, kalau lah boleh transfer files ke laptop (dari HDD) atau nak cas bateri laptop tanpa guna wayar, lagi bagus. Takde lah meja berselerak dengan wayar.


Lagi satu, sekarang aku dah guna magnetic charger untuk cas phone aku. Aku beli kat Shopee. Sangat praktikal sebab dah tak perlu pasang dan cabut charger setiap kali nak cas phone. Dan dalam masa sama dapat kurangkan risiko usb port tu rosak disebabkan keluar masuk charger yang terlalu kerap.

4 comment (s):

  1. Magnetic charger? Macam menarik je ni. Eza nak beli jugak la. Sebab handphone nak guna lamakan. Tak nak la usb port tu rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Memang dapat elakkan kerosakan usb port tu.

      Delete
  2. masih gunakan charger biasa hehe.. yang tepon cnggih tu okla kot wireless charger. tngk kawan guna yang wireless charger tu utk iphone dia mcm mnarik. belum pernah cuba any charger yang jenis lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wireless memang praktikal. Senang nak cas phone.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.