What's up?

  • run

    HOME

Selamat tinggal 2020. Impian nak tengok kereta terbang belum tercapai.


Masa aku awal-awal masuk sekolah rendah tahun 90-an, aku ingat lagi aktiviti yang cikgu aku suruh buat: lukis pemandangan tahun 2020. Antara yang aku buat adalah lukis kereta terbang.

Memang berteknologi tinggi kereta yang aku lukis. Dengan robot dan bangunan yang futuristik. Waktu tu tengah hot dengan Wawasan 2020. Bila sembang pasal 2020, mesti akan cakap kereta terbang.

Kereta terbang memang dah ada sekarang. Tapi terbang masuk longkang! Apakan daya. Dengan keadaan virus yang bermaharajalela sekarang ni. Dengan ekonomi sangat tak stabil. Kilang pembuatan banyak tutup. Tak heran lah kalau masih belum ada lagi kereta terbang.



Mungkin bukan keperluan buat masa sekarang. Dron dah lama ada. Dan boleh nampak keperluannya. Ada yang guna untuk penggambaran filem/drama, ada yang guna dalam sektor pertanian. Mungkin kereta terbang yang dikatakan dari dulu tu adalah dron.


Apa-apa pun, kalau memang kewujudan kereta terbang adalah untuk menunjukkan kecanggihan teknologi semata-mata, maka lambat lagi lah kita mampu tengok kereta terbang berlegar-legar kat langit.

2 comment (s):

  1. hahah. kereta terbang dalam mimpi. salam singgah dan follow :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum rezeki lagi nak merasai pemandangan kereta berterbangan di ruang udara.

      TQ singgah dan follow!

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.