What's up?

  • run

    HOME

Rindu FamilyMart. Aku buat oden paling mudah dan paling jimat.


Musim hujan sekarang ni memang buatkan aku mengidam nak makan makanan panas berasaskan sup. Serious talk, nafsu makan nasi putih dah kurang.

Kali pertama aku makan oden masa beli kat FamilyMart tahun 2019 tak silap. Memang kaw giler. Oden kat sini ada 2 base: kari dan tom yam. Aku lebih suka tom yam. Tapi start PKP awal tahun hari tu, aku memang tak pergi langsung FamilyMart.

Rindu nak makan oden. Kebetulan singgah AEON Big, aku teringat pernah baca dalam IG ada orang buat oden guna perencah Adabi. Aku pun cari lah kat sana. Memang ada jual. Perencah tom yam dan asam pedas. Dan aku pergi area frozen. Beli satu paket bebola dan nugget semua tu. Jenama Figo.



Rasa oden ni memang jujur aku cakap, tak sama pun macam kat FamilyMart. Campuran tom yam dan asam pedas tu kurang kick. Tapi aroma oden tu ada. Nak kata tak sedap, tak jugak. Sebab memang sedap tapi sup tu kurang pekat. Mungkin kena tambah banyak pes lepas ni.

0 comment (s):

Post a comment

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.