What's up?

  • run

    HOME

Perkara paling tak best bila shopping di Shopee.


Shopee ni antara platform yang paling aku suka guna bila nak beli barang secara online. Tak kisah lah dari hanya sebatang pen sampai lah barang elektronik sebesar alam. Kenapa? Sebab Shopee ni pemurah. Selalu bagi voucher dan diskaun. Ada masa tu, boleh dapat free shipping tanpa syarat.

Tapi ada yang tak bestnya. Kat bawah ni aku senaraikan pengalaman pahit aku bila shopping kat Shopee ni.

1. Barang takde stok dan seller gatal tangan suruh buyer buat refund.

Part ni aku paling tak suka. Bayangkan kau beli, contohnya botol air dua bijik. Tapi seller pos sebijik je dan lepas dia pos tu baru dia inform kau. Masalahnya, kau beli botol air tu guna free shipping tanpa syarat.

Lepas tu bila kau nak beli barang sama tu, terpaksa tambah banyak barang nak cukupkan free shipping (RM15 atau RM30) sebab free shipping tanpa syarat tu dah kau guna. Tu pun kalau kedai tu ada join program free shipping RM15 atau RM30.

2. Shopee Express.

Aku tak suka guna Shopee Express melainkan betul-betul takde pilihan courier lain. Sebab kau tak tahu courier mana yang akan hantar. Aku bagi contoh. Kat tempat kau courier Tupai (bukan nama sebenar) tak boleh pakai. Selalu problem. Hantar barang lambat dan selalu rosak. Tapi macam mana kau nak tahu Shopee Express ni guna courier Tupai tu?

Kau mengharapkan courier lain yang hantar. Tapi bila barang sampai, rupa-rupanya courier Tupai yang hantar. Lambat dan habis kemek barang kau. Tak ke geram? Kalau kena buat return, lagi sakit.

3. Tak semua coins boleh guna dalam satu masa.


Coins kau ada banyak. Dalam 3000 coins. Tapi jangan harap kau boleh guna semua 3000 tu sekaligus dalam satu kedai, dalam satu masa. Mungkin hanya 100 je boleh guna dalam satu masa. Aku pun tak tahu sebab apa. Dan tak semua items yang kau beli boleh guna coins.

4. Lebih afdhal ada e-wallet Shopee (ShopeePay).


In case barang kau rosak dan kau buat return and refund atau refund je. Duit refund tu akan auto masuk dalam e-wallet. Kalau kau takde e-wallet, macam mana nak dapat semula duit tu? Ya. Shopee akan mintak akaun bank kau untuk transfer duit baki tu. Tapi seingat aku, bab akaun bank ni leceh sikit. Penama akaun bank tu mesti sama dengan nama akaun e-wallet tu. Sangat leceh bila kau takde ShopeePay ni.

So, ni just pengalaman aku sepanjang aku shopping kat Shopee. Masing-masing ada pengalaman berbeza. Cuma aku harap, sentiasa siap sedia bila nak start shopping tu. Pastikan ada ShopeePay ye.

0 comment (s):

Post a comment

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.