Nokia 3.4 dah masuk Malaysia? Apa yang best?


Mungkin ramai lagi antara pengguna smartphone kat Malaysia ni yang masih tak tahu kewujudan smartphone Nokia. Aku dulu pun lepas Microsoft jual Nokia ni kat company lain, terus aku tak ambil tahu. Kecewa gitu. Sebab aku pengguna Nokia Lumia 820. Tapi aku dah lama tak guna phone tu kes skrin rosak sebab aku terjatuhkan phone tu masa tengah cas.

Lepas Microsoft jual Nokia ni, HMD Global beli. Phone pertama Nokia yang HMD buat adalah Nokia 6 tahun 2017. Dari segi sistem operasi (OS), Nokia guna Android One, yakni satu program special di bawah Google.

Nokia 6.

Apa yang best pasal program Android One? Kelebihannya adalah phone Nokia ni akan dapat upgrade OS selama 2 tahun dan paling best dapat update security tiap-tiap bulan selama 3 tahun. Basically, Android One ni boleh dikatakan pure Android. Takde bloatware atau aplikasi-aplikasi mengarut yang company phone masukkan dalam phone keluaran diorang. Bloatware ni ramai pengguna anti sebab kebanyakan aplikasi ni tak boleh uninstall.

Fuh! Panjang lebar pulak aku buat karangan. Berbalik kepada Nokia 3.4. Phone ni adalah lower mid-range device. Memang tak boleh nak expect lebih lah untuk phone kelas pertengahan kan?





Bagi aku, spec phone ni not bad lah. Harga pun RM599. Kalau nak dibandingkan dengan phone brand lain yang macam cendawan tumbuh lepas hujan, mungkin Nokia 3.4 ni agak mahal. Kalau harga dikurangkan jadi RM499 mungkin cun. Tapi kira berbaloi lah sebab macam yang aku cakap, akan ada kelebihan dari segi software update untuk program Android One ni.

Aku suka Nokia sebab Nokia ni bagi aku satu-satunya phone yang ada nilai estetika. Even 10 tahun akan datang pun, aku rasa phone Nokia ni tetap akan ada value tersendiri.

Kat Malaysia ni ada satu distributer yang jadi pengedar sah Nokia. Macpie Distribution. Dulu seingat aku Avaxx yang jadi pengedar. Macpie ni ada 3 saluran diorang jual phone Nokia: Lazada, Shopee dan website diorang. Tadi aku bukak Shopee, Nokia 3.4 ni akan start jual 12 Disember. Sempena 12.12 lah kot. Tapi bila bukak website Macpie, diorang dah start jual. Harga pun lagi murah. RM569.05.

Dalam Shopee.

Promo sempena 12.12.

Dalam website Macpie.

Post a Comment

0 Comments