What's up?

  • run

    HOME

Wrap up Shopee 2020: Pun pecah rekod.


Aku tengok kali ni memang Shopee berlumba-lumba dengan Lazada buat sales. Dua-dua pecah rekod jualan. Dan dua-dua ada kelebihan. Macam aku, kalau nak beli barang, aku akan buat survey dulu antara dua platform ni. Contohnya kalau Milo kat Shopee lagi murah daripada Lazada, aku akan godek-godek lagi kedai kat dalam Shopee sebab nak compare pulak harga atau diskaun antara kedai tu.

Aku tengok sekarang banyak je seller kedai runcit yang start jual dalam dua platform ni sejak PKP awal tahun. Logik. Sebab orang dah jarang nak keluar mall beli barang waktu tak mengizinkan macam ni. Tapi tu lah, aku baca berita tadi, masih ada yang terhegeh-hegeh keluar bercuti kat tempat peranginan. Mungkin diorang banyak duit dan kebal penyakit.

Nak keluar sekali-sekala dengan famili makan-makan tu boleh je. Tapi tengok keadaan lah. Kalau nampak ramai orang tu, pandai-pandai lah fikir. Tak perlu pun makan kat sana. Tapau makan kat rumah kan boleh.











Based on lists yang Shopee keluarkan ni, aku tak tahu kenapa alat tulis kena highlight. Ramai ke shopping alat tulis? Ke buku-buku cerita, novel dan sebagainya tu dikategorikan sebagai alat tulis? Kalau ya, logik jugak sebab beberapa bulan lepas Big Bad Wolf dan kedai-kedai buku lain ada buat sales kaw-kaw kan?

4 comment (s):

  1. mungkin ada yang shopping awal untuk persediaan ke sekolah...kot2 lah sekolah buka nanti tahun depan kan..huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. tetap prefer shopee dari lazada.. pngalaman buruk dgn L sampai skrng x dpt refund. syukur bukan beratus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopee bagi saya selalu ada promo. Lazada pulak promo besar tapi tak selalu.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.