Hantar barang guna PosLaju? Tahu tak Etiqa boleh cover keselamatan barang tu?


Minggu lepas, kakak aku ada pos kat aku barang elektrik, guna PosLaju. Bila sampai barang tu, aku pelik sebab ada sticker Etiqa kat kotak tu.

Aku tanya kakak aku pasal ni. Dia pun tak pasti. Tapi dia cakap staff tu perasan yang kakak aku pos barang elektrik dan dia mintak kakak aku tambah singgit lebih macam tu lah untuk dapatkan insurans Etiqa ni.

Bagi aku, ni satu benda baru. Aku tak pernah tahu pun sebelum ni. So, aku pun gigih lah call PosLaju. Staff PosLaju cakap memang ada. Tak baru sangat benda ni. PosLaju collab dengan Etiqa. Maksudnya, barang yang kita nak pos tu, kita boleh add-on insurans Etiqa ni. Harga? Harga insurans tu bergantung kepada harga barang kita. Dia cakap range barang RM1-RM1000, kena bayar singgit lebih.

Aku nak tahu exact price. Aku cuba cari dalam website PosLaju dan Etiqa. Tak jumpa. Aku pun cuba live chat dengan Etiqa kat website diorang. Staff tu mintak aku contact PosLaju.


Sekali lagi, aku call PosLaju. Branch lain. Staff tu kata diorang takde list harga tu. Harga insurans Etiqa tu akan keluar bila harga barang key-in dalam sistem. Tapi dia cakap memang tak mahal, dalam singgit lebih je kalau barang RM200. Setakat ni lah yang aku tahu. Dari segi kerosakan dan details apa Etiqa akan cover aku tak pasti lagi. Kena pergi sendiri kat kaunter untuk info lanjut.

Persoalannya, perlu ke add-on insurans Etiqa ni? Bagi aku lah, bergantung kepada nilai barang yang akan dipos tu. Kalau rasa barang tu mahal, lebih elok tambah insurans Etiqa ni. Sekurang-kurangnya ada protection tambahan.

Post a Comment

0 Comments