Teruja melayan Penthouse. Drama Korea yang penuh saspens!


Aku mula tengok bila perasan drama ni trending kat Twitter. Kat Astro One HD ada. Setiap Selasa dan Rabu, pukul 8.10 malam. Lewat sehari daripada Korea (Isnin dan Selasa). Kalau takde Astro, tengok je lah online.

Kehadiran golongan bawahan menggugat golongan kayangan!

Episod pertama memang dasaaat. Jalan cerita memang power dan padu. Watak utama dalam cerita ni ada 3 sebenarnya. Semua perempuan. Drama ni, lelaki pun boleh tengok sebab cerita ni bukan cerita mak-mak.

Konflik rumah tangga yang keji.

Perebutan kuasa bermula!

Bagi aku, Penthouse ni takde lah plot twist macam movie The Call tu. Tapi drama ni banyak unsur saspens yang kadang-kadang tak terfikir dek akal. Sampai kau speechless dengan jalan cerita drama ni. Sangat menguji keupayaan otak kau untuk selesaikan misteri setiap watak.

Rahsia di sebalik rahsia.

Sanggup buat apa saja demi kuasa.

Kalau difikirkan balik, cerita ni macam takde watak utama. Semua watak boleh jadi point cerita. Pandai penulis skrip/pengarah hasilkan jalan cerita yang nampak biasa, tapi kompleks.

Balas dendam adalah pengajaran terbaik!

Rahsia yang disembunyikan pasti terungkai.

Aku baru lepas tengok episod 19. Katanya ada 21 episod. So, tinggal 2 lagi lah. Kat korea, Penthouse ni ditayang kat SBS. Kat Viu Malaysia takde tapi Viu Singapore ada je. Alahai. Memang tak sabar nak tengok.

Post a Comment

0 Comments