What's up?

  • run

    HOME

Triangle of Death. Jangan picit jerawat di bahagian hidung dan mulut!


Baru aku tahu selama ni tak boleh picit jerawat kat bahagian tertentu. Masa blogwalking, aku terbaca satu kes lelaki hampir maut sebab picit jerawat kat bawah bibir. Sebab jangkitan kuman.

Kenapa bahaya picit kat bahagian Triangle of Death tu?

Menurut pakar, kawasan muka yang menghubungkan hidung ke sudut mulut dianggap sebagai kawasan muka yang sangat berbahaya sebab berhubung rapat dengan otak.

So, kalau picit, kemungkinan akan terkena jangkitan kuman. Lepas tu akan merebak ke otak dan seluruh tubuh melalui aliran darah.

Macam mana nak tahu kedudukan Triangle of Death tu? Kat bawah ni boleh tengok contoh yang Dr. Pimple Popper tunjukkan.


Aku pernah jugak picit jerawat kat bahagian ni. Biasanya jerawat kat atas bibir dan dalam hidung. Nasib baik takde problem. Kalau boleh, sangat-sangat elakkan picit jerawat kat bahagian Triangle of Death ni. Even doktor sendiri tak galakkan picit jerawat pada mana-mana bahagian muka. Kenapa? Nanti terkena jangkitan kuman.

8 comment (s):

  1. Ohh baru tahu bahaya dia. Menakutkan pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni memang tak picit dah jerawat 😓😓😓.

      Delete
  2. uishhh selalu gak picit jerawat area ni..tak sangka berbahaya pulak..erkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Bahaya. Serik dah nak picit jerawat lepas ni.

      Delete
  3. aida pernah baca gak info ni.
    tapi tu la, time jerawat timbul, lupa! :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.