What's up?

  • run

    HOME

Jom teka plot episod terakhir Penthouse.


Tadi aku baru lepas tengok episod 20 Penthouse. Aku tengok kat One HD. Jangan risau, untuk yang tak pandai omputih, subtitle dalam Bahasa Malaysia pun hado. Baik kan Astro ni?

Episod 20 yakni 2nd last episode, paling speechless aku tengok. Banyak point penting yang tak diceritakan. Bagi aku, episod ni seoalah-olah permulaan kepada rancangan terakhir untuk pastikan pihak-pihak yang bersalah terima pembalasan setimpal!

1. Betul ke Yoon Hee yang bunuh Su Ryeon?


Masa disoal siasat polis, Yoon Hee mengaku yang dia bunuh Su Ryeon. Tapi kat sini aku buat spekulasi sama ada Yoon Hee kena framed atau dipaksa mengaku. Kalau kena framed, aku pelik macam mana dia boleh ada kat dalam bilik Joo Dan Tae aka J&T tu? Kebetulan ke? In case memang dia plan nak bunuh Su Ryeon sekalipun, kenapa nak jumpa kat rumah J&T tu?


Kedua, kalau dipaksa mengaku dia bunuh, mungkin logik jugak. Mungkin J&T ugut Yoon Hee, kalau dia tak bunuh Su Ryeon, nyawa anak dia (Ro Na) akan jadi taruhan.



Tapi kalau ni plan J&T, pihak lain yang terlibat adalah maid J&T tu sendiri. Dia beria-iya mengaku tengok Yoon Hee tikam Su Ryeon. Padahal masa dia masuk bilik tu, Su Ryeon dah ada kat riba Yoon Hee. Mungkin maid ni terlibat sekali sebab dalam episod lepas, dia kantoi. J&T dapat tahu yang maid ni bersekongkol dengan Su Ryeon. Lepas kantoi tu, maid ni janji akan setia kat J&T sampai mati!

2. Apa berlaku kepada bekas isteri J&T?


Yang ni plot tergantung. Masa Logan Lee jumpa Su Ryeon kat taman, diorang ada sembang pasal bekas isteri J&T. Ada rumor yang cakap Su Ryeon ada skandal dengan selebriti (kot), Mr. Jung Doo. Lepas tu Logan Lee tunjuk gambar bekas isteri J&T.


Speku aku, aku rasa Su Ryeon ni ada kembar. Sebab tu ada gosip kata dia ada skandal dengan selebriti tu. Dan kembar dia adalah bekas isteri J&T.

Dari sini, aku agak yang mati tu bukan Su Ryeon, tapi bekas isteri J&T. Agak tak logik Su Ryeon ni dengan naifnya pergi semula ke rumah J&T sorang diri walaupun dia tahu yang nyawa dia mungkin tergadai. Mungkin Su Ryeon dah buat plan yang orang lain tak terfikir. Mungkin dia nak fake kan kematiannya.

Queen is always 10 steps ahead!

3. Semuanya plan J&T?


Mungkin pembunuhan Su Ryeon ni plan J&T. Dia orang yang paling cool masa nampak mayat Su Ryeon. Siap suruh anak-anak dia bertenang lagi walaupun nampak mayat isteri sendiri depan mata.


Masa polis soal siasat pun, dia cuba kenakan Yoon Hee. Sebab tu Yoon Hee macam redha bila polis bagitau yang J&T cakap Yoon Hee nakkan J&T dan Penthouse tu.



Bila Logan Lee dapat tahu yang Su Ryeon kena bunuh, dia terus berlari tahan teksi kat luar airport. Tapi bukan teksi yang datang. Ada van hitam berhenti dan lepas tu tiket flight dan passport dia ada kat bawah. Macam kena culik.

4. Kalau Su Ryeon tak mati, mungkinkah dia akan bergabung dengan Seo Jin untuk jatuhkan J&T dan Yoon Hee?


Sebelum kejadian bunuh tu, Su Ryeon pergi jumpa Seo Jin dan ada mentioned pasal skandal J&T dan Yoon Hee.

Mungkin ke kalau Su Ryeon hidup lagi, diorang akan berganding bahu musnahkan J&T dan Yoon Hee? Logik ke? Entah.

5. Siapa yang rakam video kematian ayah Seo Jin?


Dalam episod 17, Seo Jin ada terima video dari si polan ni. Video saat kematian ayah dia. Dalam video tu, boleh nampak yang Seo Jin adalah 'pembunuh' ayah dia sendiri.

Tapi siapa yang rakam dan hantar video tu kat dia? Siapa yang ada sekali kat tempat kejadian malam tu? Sebab video CCTV, dia dah delete. Plot ni tergantung kat sini.

6. Akan ada Penthouse 2? Ya, pasti.


Masa aku tengok 2020 SBS Drama Awards, ada mentioned kat situ drama terbaru tahun 2021. Dalam list tu ada Penthouse 2. Maksudnya, masalah yang berlaku ni mungkin takkan selesai walaupun dalam episod terakhir Penthouse?!

Makin pening dibuatnya. Tapi best. Dah lama aku tak layan drama Korea macam ni. Dia punya plot tu memang cannot brain. Aku rasa kalau mak-mak tengok boleh migrain seminggu.

2 comment (s):

  1. tak nak teka dan tak leh teka sebab belum tengok..hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Bila dah tengok episod 20, mai datang sini semula baca.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.